download Jom Explore app
Tempat Bercuti Wajib Pergi Dekat Johor!

Tempat Bercuti Wajib Pergi Dekat Johor!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 03 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, Johor bukan sahaja terkenal dengan kelab pasukan bola mereka malah lokasinya juga mempunyai pelbagai destinasi percutian yang mungkin korang jarang dengar memang sesuai untuk dijadikan tempat seterusnya untuk korang terokai!Tidak dapat dinafikan, pencapaian serta kehebatan pasukan bola mereka iaitu Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT FC) telah menaikkan nama negeri ini sebagai sebuah pusat ekonomi yang berkembang dengan lokasi yang strategik.

Memang tidak ramai di antara penduduk dalam negara tahu bahawa betapa besarnya negeri ini sebenarnya dan mempunyai berberapa tarikan tersendiri yang boleh menandingi tempat percutian popular di negeri-negeri lain jugak tau.

Haa.. maklumlah selalunya kalau kita ke negeri Johor, kita mestilah akan singgah ke bandar utamanya iaitu bandar Johor Bahru tetapi sebenarnya terdapat lebih daripada 3 destinasi yang memnag wajib korang singgah kalau bercuti dekat sini.

Sebenarnya Banyak Tau Destinasi Yang Wajib Korang Singgah Kalau Kat Johor!Photo from IG: jasonsentell

Nak tahu lokasi mana yang wajib korang singgah? Pastikan korang baca sampai habis dulu. Jom!

Pulau Rawa, Mersing

Pulau Cantik Dengan Air Jernih Photo from IG: amrl.aimn._

Kalau korang ingin memanjakkan diri sendiri selepas berbulan penat berkerja apa kata korang singgah ke Pulau Rawa untuk menikmati keindahan semulajadi bagaikan korang hidup dalam dunia fantasi yang dipenuhi dengan lautan biru, pasir putih, makanan sedap dan tempat penginapan mewah!

Haa.. korang pernah dengar tentang keindahan Pulau Rawa? Katanya ia mampu bertanding sebagai antara pulau tercantik dalam negara dan juga luar negara jugak tau! Kalau korang nak tahu, pulau ini merupakan pulau yang dimiliki oleh Tuanku Sultan Johor.

Pulau Rawa terletak di daerah Mersing yang korang boleh pergi melalui bot di Jeti Mersing. Pulau ini hanyalah seluas 16 hektar sahaja tetapi ia tetap menjadi destinasi utama bagi peminat alam semulajadi kerana ia mempunyai pelbagai kecantikkan yang korang perlu alami secara sendiri.

Pulau ini dikelilingi oleh terumbu karang yang dapat dilihat dengan aktiviti snorkeling ataupun menyelam tau. Selain itu, korang juga dapat berehat bersantai melihat permandangan serta suasana yang dipenuhi dengan flora di pulau ini.

Sesuai Kalau Pasangan Muda Inginkan Tempat HoneymoonPhoto from IG: beto_beeto

Haa.. korang ingin berada di kawasan seperti syurga tropika? Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja untuk ke Pulau Rawa bagi menikmati suasana yang sukar digambarkan kecuali korang sendiri berada di situ!

Legoland Malaysia, Johor Bahru

Antara Taman Tema Yang Dibina Untuk Kanak-KanakPhoto from IG: aydnadnnn

Terletak di Iskandar Puteri, Johor. Ia merupakan taman tema Legoland pertama di Asia dan keenam dalam dunia. Ia merupakan sebuah taman tema yang direka khas untuk keluarga dan peminat Lego dengan menawarkan pelbagai tarikan, hiburan dan pengalaman interaktif.

Haa.. kalau korang inginkan sebuah tempat untuk menghabiskan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian. Korang memang wajib pergi ke Legoland Malaysia! Terdapat lebih daripada 70 jenis permainan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Selain itu, Legoland Malaysia mempunyai 8 jenis dunia Lego yang korang boleh kunjungi untuk melihat perbezaan antara satu teman ke teman yang lain. Setiap tema ini mempunyai permainan sendiri serta hiburan untuk dinikmati bersama kanak-kanak.

Kalau korang inginkan aktiviti lasak pun ada jugak tau, permainan seperti roller coaster The Dragon dan Project X memang sesuai kalau korang inginkan pengalaman lasak berbanding permainan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Pelbagai Bangunan Ikonik Dalam Negara Dibina Semula Menggunakan LegoPhoto from IG: raphanyl

Best kan? Apa kata kalini bawak anak korang ke Legoland pulak ke, mana tahu anak korang ada bakat dalam membina bangunan menggunakkan Lego!

📍7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor
⏰ Isnin-Ahad (Rabu Tutup / 10 am - 6 pm)
📞 07-597 8888

Pantai Desaru, Kota Tinggi

Kalau Sampai Johor, Wajib Singgah Pantai DesaruPhoto from TW: mawardahyusni

Terletak di daerah Kota Tinggi, sejauh 25 kilometer. Pantai Desaru merupakan antara pantai yang terkenal dengan pasir putih serta air biru jernih terletak di sepanjangan Laut China Selatan. Tempat ni memang popular kalau korang inginkan suasana tenang serta sesuai kalau nak lepak sorang-sorang hilangkan segala masalah yang ada!

Tujuan utama kita bercuti ni salah satunya adalah untuk menghilangkan segala stress dalam hidup kita terkumpul sepanjang tempoh berkerja ataupun dalam hidup. Jadi, memang sesuai sangat kalau kita ingin menghilangkan stress dengan berjalan di persisiran pantai sambil mendengar bunyi ombak mendayu.

Terasa bagaikan masalah dunia tiada buat seketika betul tak? Haa.. bukan boleh jalan healing je dekat sini, nak buat bbq bersama rakan-rakan pun boleh tau cuma kena cari tempat yang sesuai untuk menikmati permandangan indah bersama makanan sedap.

Selain itu, menurut penduduk Johor ramai mengatakan Pantai Desaru memang wajib menjadi tempat persinggahan jika korang inginkan suasana serta permandangan yang cantik dan tenang untuk berehat seketika daripada segala hiruk pikuk masalah yang dihadapi.

Suasana Tenang Boleh Hilangkan Semua MasalahPhoto from TW: itsfixi

Mana tahu boleh terjatuh cinta dengan keindahan pantai ini sampai korang sendiri taknak balik pulak ke!

Austin Heights Water & Adventure Park, Johor Bahru

Jom Mandi Manda Dekat Taman Ini!Photo from IG: visitjohor

Kalau korang kaki adrenaline yang inginkan aktiviti fizikal lasak yang mencabar memang ada tempat sesuai di Johor tau! Austin Heights Water & Adventure Park di Taman Mount Austin merupakan sebuah destinasi hub yang mempunyai aktiviti lasak serta taman tema air untuk memberikan korang pengalaman keseronokan!

Kalau korang nak tahu taman ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Water Park, Adventure Park dan Sport & Leisure Park

Haa.. dekat bahagian Water Park, terdapat pelbagai tarikan utama seperti Splash World, Supersurf, Austin Wave Pool, Lazer River dan Racer Bowl.

Setiap tarikan di bahagian Water Park menggunakan pelbagai jenis gelungsur air untuk memberi korang pelbagai keseronokan yang berbeza.

Bukan itu je tau, di bahagian Adventure Park korang boleh mencabar keberanian dengan menaiki kawasan Zip Line yang menggunakan tali zip untuk membolehkan korang melayang melalui udara untuk menikmati permandangan panaroma taman ini.

Manakala, di bahagian Sport & Leisure Park pula terdapat kawasan Jump Street yang menggunakan trampoline untuk korang melompat setinggi yang korang mampu tau!

Memang Sesuai Kalau Korang Sukakan Aktiviti LasakPhoto from IG: visitjohor

Siap boleh main dodgeball dengan slam dunk lagi bersama kawan-kawan di bahagian ini.

📍 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
⏰ Isnin-Ahad (Selasa & Rabu Tutup / 10 am - 6 pm)
📞 019-716 3183

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok