Jom Tangkap Gambar OOTD di Gunung Raya, Langkawi!
Kalau dah sampai ke Pulau Langkawi memang tak sah lah tak singgah ke pelbagai destinasi yang Min syorkan betul tak? Tapi, gambar OOTD korang tak cukup ni! Haa.. jangan risau Min ada tempat yang sesuai sangat untuk korang tangkap gambar OOTD korang sewaktu bercuti di Langkawi!
Pulau Langkawi ni memang destinasi utama bagi setiap orang Malaysia kan! Memang tak sah lah tak pernah pergi sekali seumur hidup betul tak? Pulau ini memang terkenal dengan tempat-tempat cantik dan bersejarah!
Photo from Fernando Fong
Tapi kan, kalau korang pergi bercuti memang wajib ada 'Outfit Of The Day' (OOTD) kan? Maklumlah, dah pergi ke tempat-tempat bercuti mestilah nak kelihatan paling cantik dan hensem betul tak?
Haa.. sebab itulah Min nak rekomen korang kat satu lokasi ini untuk jadikan tempat korang amik gambar OOTD apabila korang bercuti di Langkawi nanti! Tapi kena baca sampai habis lah artikel ni..
Puncak Tertinggi Di Langkawi Dengan Ketinggian 881 Meter!
Photo from Fernando Fong
Haa.. kalau korang nak tau tempat yang Min nak rekomen dekat korang ni namanya ialah Gunung Raya tau! Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter (2,890 kaki) tau. Gunung Raya menawarkan pemandangan panoroma yang indah untuk korang melihat kecantikkan landskap persekitarannya menjadikannya tarikan popular bagi pelancong serta peminat alam semula jadi.
Selain itu, Gunung Raya turut dilupit dengan kawasan hutan yang tebal menjadi rumah kepada pelbagai flora dan fauna tau. Kawasan ini dilindungi untuk memastikan pemeliharaan warisan semula jadi kawasan ini.
Photo from IG: thekhairul_a
Bukan gambar permandangan dan OOTD korang je cantik, dapat lihat keindahan flora dan fauna pun cantik jugak tau!
Melihat Keindahan Laut Andaman Daripada Puncak!
Photo from Fernando Fong
Kalau korang nak tau Gunung Raya mempunyai beberapa laluan untuk korang guna menaiki ke puncak gunung tau. Pastikkan korang bawa kasut yang selesa supaya kaki korang tak cepat sakit!
Perjalanan ke puncak gunung ini mampu memberi sebuah pengembaraan yang menarik ketika korang menghabiskan masa di sini kerana dapat melihat kepelbagaian habitat haiwan serta permandangan yang memukau mata korang sepanjang perjalanan tu.
Haa.. pengembaraan seperti ini lah yang bakal membuahkan memori yang bakal korang ingat sampai bila-bila tau!
Di puncak Gunung Raya pula terdapat pelbagai tempat yang sesuai untuk korang bergambar dengan permandangan indah sebagai latar belakang! Memang sesuai untuk masuk ke dalam feed media sosial korang tu!
Photo from IG: nayiiem
Selain itu, korang dapat lihat keindahan Laut Andaman yang seluas mata korang dapat lihat tau! Silap-silap setiap pulau-pulau kecil di persekitaran pun korang dapat tengok betapa luasnya permandangan laut ini! Psstt.. ada orang kata korang boleh nampak Thailand lagi tau.
Melupakan Segala Kenangan Pahit Korang Sambil Mendaki Tangga Helang Seribu Kenangan
Photo from IG: adriana_kozmo
Selain daripada permandangan yang indah, habitat flora dan fauna yang berkicauan. Di Gunung Raya pun korang boleh melupakan tau segala kenangan pahit korang tau!
Nak tau macam mana? Korang kena lah lalui tangga helang seribu kenangan ini memang hilang la segala kenangan yang korang nak lupakan tu!
Tangga ini terletak di Lubuk Semilang. Ia digunakan untuk mencapai puncak Gunung Raya tau. Tangga ini terdiri daripada 4287 anak tangga dengan jarak 3.1 kilometer dan ketinggian mendaki sebanyak 732 meter tau. Sebab itulah, Min pesan awal-awal dekat korang pastikan korang memakai kasut yang selesa termasuklah pakaian yang selesa tetapi tetap cantik untuk tangkap gambar korang sewaktu di puncak itu!
Bukan itu je tau, sewaktu korang melalui tangga-tangga sini korang dapat menikmati habitat flora dan fauna kawasan hutan gunung raya ni tau. Korang dapat melihat serta mendengar burung berkicauan yang memberi korang ketenangan yang jarang dilihat kalau korang bekerja di pusat bandar!
Photo from IG: nayiiem
Haa.. menarik jugak kan Gunung Raya ni kan? Walaupun terdapat proses pendakian tetapi permandagan di puncak itulah momen paling mahal kerana keindahan yang sukar digambarkan hanya membuatkan pengalaman percutian korang lebih bermakna tau!
Lepas ni ramai lah kawan-kawan korang iri hati melihat korang memuatkan gambar permandangan indah serta tenang di platform media sosial korang tu!
❤️ Lepak di Kedai Kopi Empat Petang: Nikmati Kopi & Cipta Memori Indah di Bandar Temerloh | Jom Explore
❤️ 5 Cara Menarik Perhatian Lelaki Kembali: Strategi untuk Mendapatkan Perhatiannya | Jom Explore