download Jom Explore app
Kuak Hill Resort, Lenggong Perak Pusat Peranginan Yang Unik

Kuak Hill Resort, Lenggong Perak Pusat Peranginan Yang Unik

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 02 May 2023
Digital Editor

Kuak Hill Resort adalah sebuah pusat penginapan yang menawarkan konsep villa dan glamping, yang terletak di Kampung Kuak, Lenggong, Kuala Kangsar. Salah satu keunikan dari lokasinya adalah karena berada di atas bukit, yang memberikan suasana yang menyenangkan dan tenang, serta dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi yang mempesona.

Pemandangan Dari AtasPhoto from Kuak Hill Resort

Penginapan Yang Nyaman

Selain itu, lokasi di atas bukit juga memberikan pemandangan yang luar biasa dan istimewa, yang pastinya akan membuat pengunjung merasa terpesona. Keindahan alam di sekitar Kuak Hill Resort dapat dinikmati dari setiap sudut, sehingga membuat pengalaman menginap di sini menjadi sangat berkesan dan tak terlupakan.

Bersantai sambil melihat pemandanganPhoto from Kuak Hill Resort

Bilik Yang Berbeza Mengikut Kesesuaian

Terdapat 2 jenis bilik penginapan di sini yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda dan keluarga. Anda boleh memilih antara KHR Villa ataupun jika anda lebih adventurous, boleh cuba Glampsite mereka.

American CottagePhoto from Kuak Hill Resort

Kuak Hill Resort Villa atau singkatannya KHR Villa ialah sejenis penginapan yang berkonsep American-style cottage. Terdapat 8 villa di sini dan kesemuanya mempunyai muatan dan lokasi yang berbeza.

Suasana Bilik Yang DisediakanPhoto from Kuak Hill Resort

Ini membolehkan pengunjung untuk mendapatkan keselesaan optimum sambil menikmati pemandangan yang berbeza namun cukup istimewa. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi, penghawa dingin, kemudahan asas seperti cerek, TV, seterika dan lain-lain.

Glampsite

Glampsite di sini merupakan penginapan di dalam kemah atau glamping. Terdapat 5 glampsite yang mereka sediakan yang berbeza mengikut muatan dan tingkat khemah. Anda boleh memilih antara paling atas hingga ke bawah. Terdapat juga satu glampsite istimewa di sini yang dikenali sebagai The Hidden Spot. Ia menawarkan privacy yang lebih dan suasana yang cukup menarik di kelilingi kehijauan.

Glamping SitesPhoto from Kuak Hill Resort

Penginapan jenis Glampsite ini dilengkapi dengan alatan berkemah, ruang santai, kipas dan bilik mandi awam. Menawarkan pengalaman berkemah dan rustic outdoor feel, penginapan ini sangat sesuai buat pengunjung berkumpulan. Harga bermula dari RM229 ke atas.

Mmempunyai tempat tidur yang khasPhoto from Kuak Hill Resort

Fasiliti Yang Disediakan

Fasiliti adalah antara elemen penting dalam menyediakan pusat penginapan dan percutian yang serba lengkap. Di Kuak Hill, anda akan menerima kemudahan dan kelengkapan yang cukup istimewa. Antara fasiliti utama di sini ialah kolam renang, Kafe dan gazebo untuk anda berehat.

Kolam Renang Yang DisediakanPhoto from Kuak Hill Resort

Terdapat Aktiviti Yang Menarik

Jika anda meminati sukan lasak atau aktiviti outdoor, menunggang ATV atau all-terrain vehicle pasti antara aktiviti yang akan membuat anda teruja. Terdapat route atau laluan ATV di sini yang bukan sahaja mencabar dan menarik, ia juga membolehkan anda mendekati alam semulajadi.

ATV AktivitiPhoto from Kuak Hill Resort

Apa lagi, jom ajak kawan-kawan atau keluarga anda bercuti disini dan merasai suasana berkhemah dengan cuaca yang nyaman.

Lot 3538, Kg. Lata Papan, Kampung Kuak, 33400 Lenggong, Perak

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok