download Jom Explore app
Vila Ala-Ala Di Bali 45 Minit Je Dari Kuala Lumpur!

Vila Ala-Ala Di Bali 45 Minit Je Dari Kuala Lumpur!

Jom! Cuti Staycation
By Muhammad Aliff on 03 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Macam berada dalam Bali bila korang melangkah masuk ke dalam vila ini yang dilindungi oleh pokok-pokok sekelilingnya yang menjadikan vila ini sesuai untuk korang yang mencari tempat untuk staycation lagi-lagi waktu hujung minggu ni kan!

Haa... maklumlah bila kita dah penat bekerja ni adakala kita mahukan sebuah tempat penginapan yang terlindung dari hiruk pikuk pusat bandar kan. Selain itu, kita pun sama-sama dapat menenangkan jiwa, fizikal dan mental selepas menghadapi stress dan penat kerja kan.

Sebab itulah, Min nak rekomenkan korang sebuah vila yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari dari pusat bandar dan menyorok kat sini untuk adakan sesi 'healing' bersama keluarga, rakan-rakan ataupun pasangan.

Korang Bayangkan Dapat Merehatkan Diri Di Vila Secantik ini!Photo from daunretreats

Korang nak tahu tak dekat mana vila ni? Kalau nak tahu pastikan korang baca artikel ni sampai habis tau!

Unsur-unsur Reka Bentuk Tradisional Bali Menjadi Inspirasi Kepada Reka Bentuk Vila Ini!

Lihatlah Betapa Cantiknya Deko Dalam Vila IniPhoto from daunretreats

Haa.. korang tak payah nak susah payah beli tiket ke Bali! Korang tempah je tarikh ke vila ni tau yang diberi nama Gerimis Senja Vila di Selangor tau. Vila persendirian ini menjadikan senibina tradisional Bali sebagai inspirasi mereka untuk menyediakan sebuah penginapan yang unik dan eksotik tau.

Menggabungkan unsur-unsur tradisional Bali dengan keindahan semula jadi, Vila ini menyediakan sebuah ruang terbuka, bahan-bahan semula jadi seperti kayu serta batu bata, landskap terperinci untuk ruang dalam dan luar.

Antara ciri-ciri menarik tentang vila ini adalah fokusnya terhadap penggunaan cahaya dan pengudaraan secara semula jadi untuk menghasilkan sebuah suasana yang tenang dan santai kepada pengunjungnya tau. Atap rumbia turut membantu korang untuk melahirkan mood ketenangan itu.

Mengekalkan Konsep Cahaya & Pengudaraan Semula Jadi Bangkitkan Mood TenangPhoto from daunretreats

Selain itu, vila ini turut mempunyai kolam renang untuk korang menikmati sesi berenang bila-bila masa je!

Fasiliti Moden Dikelilingi Keindahan Semula Jadi!

Setiap Bilik Dilengkapi Dengan Kelengkapan ModenPhoto from daunretreats

Gerimis Senja Villa ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan moden menjadikan hidup korang mudah tanpa perlu memikirkan apa-apa. Bilik yang luas sangat ideal untuk keluarga, pasangan ataupun rakan-rakan yang inginkan sebuah tempat yang selesa.

Korang jangan risau, bilik di vila ini dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen dan bilik mandi supaya segala kemudahan berada di hujung jari korang je tau. Setiap bilik turut mempunyai tingkap yang menawarkan permandangan landskap indah yang bakal memukau mata korang tu!

Dapur Pun Ada Untuk Korang Guna Kat Vila IniPhoto from daunretreats

Bukan itu sahaja tau, kolam renang di vial ini terletak di tengah taman hijau menjadikan sesi mandi korang sempurna serta menyegarkan badan korang yang penat sangat bekerja tu!

Selain itu, korang turut boleh menikmati sesi barbeku bersama-sama rakan, pasangan ataupun keluarga di kawasan vila ini dikelilingi dengan pengalaman, keseronokan dan permandangan bintang-bintang di langit. Wow!

Walaupun Sebuah Vila Penginapan, Terdapat Pelbagai Aktiviti Untuk Korang Lakukan!

Nak Healing Tepi Kolam Renang Memang Cantik!Photo from IG: xyrababa

Haa.. selain daripada berehat, menikmati barbeku ataupun rendam dalam kolam renang! Vila ini sangat sesuai kepada mereka yang inginkan aktiviti seperti hiking tau.

Vila ini terletak berhampiran dengan berberapa laluan hiking dan taman semulajadi seperti Taman Alam Kuala Selangor tau. Jadi, korang tidak perlu risau kalau terasa bosan di vila ini!

Selain itu, korang turut boleh menerokai dan adakan sebuah pengembaraan di kampung-kampung berdekatan untuk menikmati makanan ataupun melepak menikmati suasana sepanjang hari.

Sesi Makan Dekat Vila Ini Nampak Mewah!Photo from IG: daunretreats

Secara keseluruhannya, Gerimis Senja Villa Selangor ini merupakan sebuah destinasi terbaik untuk korang yang tengah cari tempat yang sesuai untuk staycation lagi-lagi waktu hujung minggu ini.

Korang bukan sahaja boleh bawa seisi keluarga, malah turut boleh bawa rakan-rakan bersama untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama untuk menghilangkan stress.

Bukan itu je tau, bercuti di vila ini pasti membuahkan suasana tenang dan menyegarkan badan korang dengan keindahan kawasannya, bilik yang selesa serta sistem pengudaraan dan cahaya semula jadi pasti memberi korang pengalaman yang sukar dilupakan.

Pelbagai Sudut Vila Sesuai Untuk Korang OOTDPhoto from IG: xyrababa

Suasana yang sempurna seperti korang sendiri berada di Bali sukar digambarkan tetapi hanya boleh dirasai di Gerimis Senja Villa Selangor sahaja tau! Psst... jarak tak jauh pun tau, hanya 45 minit sahaja dari bandar Kuala Lumpur!

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok