download Jom Explore app
Jom Melarikan Diri Kat Staycation Tersembunyi Ni Kat Sarawak!

Jom Melarikan Diri Kat Staycation Tersembunyi Ni Kat Sarawak!

Jom! Cuti Staycation
By Muhammad Aliff on 05 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Negeri Sarawak merupakan negeri tersebar dalam negara meliputi kawasan lebih dari 124,450 km persegi tau yang membuatkan ia mempunyai keindahan alam semula jadi, warisan budaya, sejarah dan Tapak Warisan UNESCO yang memang sesuai untuk korang yang inginkan sebuah pengembaraan waktu korang bercuti nanti!

Haa.. kita sedia maklum bahawa landskap Sarawak memang menakjubkan dengan pelbagai gunung, hutan serta pantai yang cantik. Negeri ini turut mempunyai pelbagai taman negara yang sangat sesuai untuk korang jadikan destinasi untuk memulakan pengembaraan korang bersama-sama kawan-kawan.

Korang Tengok Sendiri Permandangan Secantik Ni!Photo from FB | The Village House

Bandar Kuching merupakan antara bandar utama di Sarawak yang mempunyai sebuah tempat bukan sahaja cantik malah sangat sesuai untuk korang mengambil gambar 'OOTD' lagi tau.

Mesti korang tertanya-tanya kan dekat mana? Kalau nak tahu, korang kena baca artikel ini sampai habis baru lah boleh plan trip korang bersama-sama kawan korang untuk terokai negeri yang terkenal dengan warisan budaya ini.

Jom Melarikan Diri Untuk 'Healing' Di The Village House Sarawak

Kolam Renang Yang Sesuai Untuk Korang BersantaiPhoto from FB | The Village House

Terletak di persisiran bandar 30 minit dari bandar Kuching. Sebuah rumah tetamu mewah yang dibina oleh Singgahsana yang diberi nama The Village House tersorok dalam sebuah kampung untuk memberikan korang privasi dan suasana yang eksklusif sesuai untuk 'healing'.

Selain memberikan korang perlindungan daripada kesibukkan bandar, korang dapat menikmati kecantikkan seni bina tempat ini yang mempunyai berberapa koleksi seni, barang antik dan artifak yang dimiliki oleh The Village House dipamerkan di sekitar kawasan untuk memberikan sedikit identiti yang sempurna.

Ruang Yang Dipenuhi Permainan Untuk Korang Lepak Dengan Kawan-KawanPhoto from FB | The Village House

Kalau korang nak tahu, seni bina tradisional Melayu dan Iban dapat dilihat di The Village House yang direka unik untuk menunjukkan budaya yang berada di negeri ini. Selain itu, The Village House dihiasi dengan pelbagai barang-barang kfaf tempatan untuk meningkatkan suasan autentik.

Bukan itu sahaja tau, terdapat 12 bilik dan sebuah suite yang dihiasi cantik dengan berberapa kemudahan moden seperti televisyen, penghawa dingin dan akses Wi-Fi percuma supaya korang boleh berehat sepenuhnya di kawasan ini.

Antara Contoh Bilik Yang DItawarkan Di SiniPhoto from FB | The Village House

Tempat Sesuai Untuk Rehat, Santai Dan Hilangkan Masalah Kehidupan Korang Buat Sementara!

Berbasikal Sambil Menikmati Permandangan Seindah NiPhoto from FB | The Village House

The Village House amat menitikberatkan servis supaya korang hanya boleh berehat dan bersantai je tanpa memikirkan sebarang masalah kehidupan korang buat sementara. Selain itu, mereka turut menawrkan rawatan spa dan urut, kolam renang yang sesuai diletakkan pada media sosial krorang, memasuki trek hutan serta lawatan budaya ke kampung berhampiran.

Selain itu, kampung Santubong ni terletak berhampiran dengan The Village House yang sesuai untuk korang melihat kekayaan dari segi warisan budaya dan sejarah jugak tau. Kalau korang nak tau, dari abad ke-9 sehingga ke-13, kawasan ini merupakan salah satu pusat perdangangan semasa dinasti Tang dan Sung dari Cina.

Sekitar Kawasan Ni Memang Cantik TauPhoto from FB | The Village House

Bukan itu je tau, kawasan ini turut berdekatan dengan pantai yang cantik untuk korang singgah dan tapak arkeologi terbesar di Malaysia berada di sini tau seperti Bongkissam, Bukit Maras dan Sungai Jaong.

JHaa.. sebab itulah Min kata dekat kawasan ini memang sesuai untuk korang yang menginginkan sebuah pengembaraan yang baru dan berbeza dari percutian sebelum ini yang pernah korang lakukan.

Nak Makan Sedap Pun Boleh Tau Dekat The Village House Ni!

Mee Kolok Yang Sangat Popular Dan Wajib Try Kat SarawakPhoto from Friedchillies

Antara perkara paling penting sekali kalau kita pergi bercuti di mana-mana tempat staycation adalah mencari tempat untuk menikmati makanan-makanan tradisional sesebuah tempat itu kan?

Korang jangan risau, antara perkara yang diutamakan juga oleh The Village House adalah restorannya yang menyajikan masakan tempatan negeri Sarawak seperti laksa Sarawak, Mee Kolok sebagai contoh dan makanan barat yang bakal memikat nafsu selera makanan korang!

Bukan itu je tau, The Village House hanya menggunakan bahan-bahan segar sahaja tau supaya korang dapat menikmati makanan yang berkualiti sahaja tau. Korang juga boleh memilih untuk makan di ruang yang disediakan yang dihiasi cantik ataupun di luar dengan permandangan taman di sekitar kawasan.

Laksa Sarawak Pun Wajib CubaPhoto from Curious Cuisuiniere

Paling penting sekali, sambil korang makan sambil korang dapat menikmati permandangan indah dengan setiap suapan!

Haa.. untuk korang yang inginkan sebuah pengembaraan di Sarawak dan ingin meninggalkan segala masalah korang, The Village House adalah destinasi sangat sesuai untuk korang tau.

Jom Pergi Bercuti Ke Sini Pulak!Photo from FB | The Village House

Sebuah penginapan indah dengan peninggalan warisan budaya pasti membuahkan pengalaman yang kekal dalam ingatan korang sampai bila-bila. Jadi, korang boleh dah book cuti awal-awal dan melarikan diri ke The Village House sekarang!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok