download Jom Explore app
Mencari Tempat Paling Best Di Pulau Perhentian?

Mencari Tempat Paling Best Di Pulau Perhentian?

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 26 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pulau Perhentian merupakan antara destinasi utama bagi mereka yang inginkan sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan kerana keindahan dan kecantikkan persekitaran pulau ini sukar digambarkan tau.

Min sangat rekomen untuk korang bercuti di Pulau Perhentian ni lagi-lagi yang dah tak tahan stress berkerja ni! Haa.. maklumlah hari-hari berkerja badan kita pun perlukan masa untuk bertenang dan berehat sepenuhnya supaya kita dapat menghilangkan segala stress terkumpul dalam diri kita kan.

Kalau korang nak tahu, ada satu tempat penginapan yang bukan sahaja menawarkan tempat selesa malah mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik untuk mengisi masa lapang korang tu tau!

Indahnya Permandangan Pulau Perhentian NiPhoto from Sumber Gambar: Expedia Malaysia

Pastikan korang baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui kat mana yang Min rekomen ni untuk pelan cuti korang yang seterusnya.

Menghirup Udara Segar Sambil Menikmati Permandangan Pantai Di Sebelah Barat

Permandangan Di Barat Perhentian Resort Yang Sangat Cantik!Photo from Sumber Gambar: Expedia Malaysia

The Barat Perhentian Resort dibina oleh berberapa kumpulan instruktor menyelam pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memberikan pengunjung mereka sebuah penginapan indah dengan segala keperluan hidup bagi meningkatkan pengalaman percutian korang tau.

Selain itu, resort ini dibina menggunakan konsep chalet berhadapan pantai tau! Korang buka je pintu bilik untuk menikmati permandangan pantai laut. Setiap reka bentuk chalet dibina dengan idea utama iaitu memberikan keselesaan, kenikmatan serta elegan seperti berada di rumah mewah yang moden tau.

Resort Yang Sesuai Untuk Percutian KorangPhoto from Sumber Gambar: FB | The Barat Perhentian

Bukan itu je tau, Resort ini menawarkan pelbagai jenis penginapan yang bersesuaian dengan bajet korang tau. Terdapat pelbagai pilihan seperti Chalet sehingga Vila Mewah yang mampu menampung sebuah keluarga tau. Setiap bilik pula dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katil yang selesa, penghawa dingin dan Wi-Fi percuma tau. Korang juga boleh memilih jenis bilik seperti bilik standarddeluxe, keluarga dan suite.

Min rekomen korang pilih chalet yang menghadap pantai baru puas hati!

Pelbagai Aktiviti Sampai Tak Cukup Masa Tau!

Snorkeling Merupakan Aktivit Paling Popular Kat SiniPhoto from Sumber Gambar: Travel Triangle

Menghadap Laut berwarna turquoise Laut China Selatan bukan sahaja menawarkan permandangan yang cantik tapi korang juga boleh berehat di tepi pantai pasir putih ataupun berendam dalam air ni tau. Selain tu Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang korang sampaikan korang nak extend cuti korang tu.

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah snorkeling, jungle trekking sambil menikmati permandangan matahari terbenam, menyelam bersama pakar penyelam dan berehat di fasiliti resort.

Harga Aktiviti Ditawarkan Di Barat PerhentianPhoto from Sumber Gambar: IG | giggikeccy

Haa.. kerana resort ini terletak di tepi pantai korang boleh melihat pelbagai terumbu karang di sekitar kawasan menjadi rumah kepada pelbagai ikan dan hidupan laut ketika korang lakukan aktiviti snorkeling ataupun sesi menyelam tu!

Selain itu, resort ini turut komited untuk menjaga persekitaran alam tau. Hanya menggunakan bahan mesra alam, teknologi penjimatan tenaga dan menyokong konservasi tempatan untuk melindungi ekosistem marin di kawasannya.

Korang Boleh Menikmati Hidupan Lautan Yang PelbagaiPhoto from Sumber Gambar: Tripadvisor

Menikmati Aroma Makanan Melazatkan Sambil Menikmati Bunyi-Bunyi Lautan Tepi Pantai

Korang Boleh Nikmati Makanan Yang Sedap Kat Sini TauPhoto from Sumber Gambar: Expedia Malaysia

Dekat resort ni korang dah tak payah pening kepala tau nak makan apa kerana resort ini turut mempunyai restoran sendiri iaitu The Barat Restaurant tau. Haa.. restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang menyajikan masakan Malaysia dan Barat yang bakal meningkatkan selera makan korang tau.

Sambil menikmati makanan yang sedap tu, korang juga boleh melihat permandangan matahari terbenam bakal memberikan pengalaman yang sukar korang lupakan tau.

Maklumlah resort terletak di tepi pantai, segala tangkapan yang dilakukan pun korang boleh nikmati tau! Hidangan seperti fish & chip menggunakan ikan yang ditangkap hari yang sama bakal memikat selera korang dengan rasa segar serta aroma sehingga menjilat jari korang tu!

Korang Pun Boleh Nikmati Makanan Di Chalet Korang TuPhoto from Sumber Gambar: Expedia Malaysia

Haa.. korang dah mohon cuti ke belum tu? Barat Perhentian Beach Resort merupakan sebuah destinasi yang menakjubkan dengan permandangan pantai yang santai dilengkapi dengan suasana semula jadi yang cantik tau. Lokasi cantik dan penginapan yang selesa memang sesuai untuk korang bercuti di sini.

Psst.. korang tahu tak Malaysia Airlines (MAS) ada buat MHVacaypass tau yang menawarkan pas untuk korang bercuti sakan di pelbagai lokasi termasuklah Pulau Perhentian tau! Nak info lanjut? Korang kena tekan link ini!

Chalet Menghadap Pantai Memang Padu Tau!Photo from Sumber Gambar: Expedia Malaysia

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok