download Jom Explore app
5 Tips Mudah Untuk Kembalikan Mood Bekerja Selepas Cuti Raya!

5 Tips Mudah Untuk Kembalikan Mood Bekerja Selepas Cuti Raya!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Selepas seminggu kita menikmati kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu suasana di ofis terasa suram kerana mood bekerja belum sampai lagi kan? Maklumlah kita raya kan sebulan!

Biasalah Bila Masuk Kerja Semula Memang Cepat Sangat Ngantuk Kan!Photo from Sumber Gambar: Canva

1. Rancang Semula Kerja Korang Yang Tertunggak Tu! Jangan Lupa Sediakan Pelan Kerja Jugak Tau

Pelan Dulu Kerja Korang Kalau Tak Stress Korang!Photo from Sumber Gambar: Canva

Antara tips paling mudah Min boleh syorkan dekat korang sewaktu masuk semula ke ofis adalah untuk sediakan sebuah jadual tugasan untuk mendisiplinkan korang supaya korang lebih mudah fokus dengan tugasan yang ada.

Selain itu, korang juga akan merasakan kerja korang lebih cepat serta mudah untuk disiapkan kerana korang telah menyediakan sebuah pelan sebelum melakukan tugasan korang menjadikkan korang lebih produktif dan efektif tau.

Bila Ada Pelan, Senang Nak Tau Status KerjaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Bukan itu sahaja, sebuah jadual yang lengkap mampu mengelakkan korang untuk tidak terlepas pandang segala kerja yang korang tinggalkan dan membantu korang untuk lebih fokus serta meningkatkan mood korang untuk memulakan pekerjaan selepas cuti yang panjang tau.

2. Kongsikan Kisah-Kisah Raya Korang Dekat Rakan Sekerja Untuk Meriahkan Suasana Suram Di Ofis Tu!

Ceriakan Ofis Dengan Kisah Raya Korang Tu!Photo from Sumber Gambar: Canva

Maklumlah korang dah tak berjumpa lama tau rakan sekerja korang tu dan suasana di ofis masih suram kerana mood korang masih terlekat di kampung halaman tu!

Haa.. apa kata korang kongiskan pengalaman raya korang bersama rakan sekerja korang tu! Ceritakan segala perkara yang membawa mood positif dan suasana ceria. Kalau boleh, pasang lagu raya sekali tau!

Ambil masa ketika melakukan tugasan untuk bersembang berkongsi pendapat bersama rakan sekerja tentang pengalaman beraya kerana ia bukan sahaja membangkitkan mood tau malah ia akan mengekalkan semangat berkerja tinggi kerana terdapat komunikasi efektif.

Ceriakan Suasana Barulah Korang Semangat Nak KerjaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Selain itu, pengalaman raya yang kelakar bakal meningkatkan mood korang sekaligus dapat kembalikan mood kerja korang tu!

3. Jangan Stress! Tarik Nafas Dan Berikan Diri Korang Sedikit Masa

Ambil Masa DIri Dulu, Jangan Tambah Beban Dekat Diri SendiriPhoto from Sumber Gambar: Canva

Selepas penat beraya di kampung halaman, sudah tentu korang juga penat menempuh pelbagai rintangan seperti menghadap jem ataupun kereta rosak yang hanya menambah stress sahaja dekat korang tu!

Sebelum memulakan hari perkerjaan korang tu, tarik nafas terlebih dahulu dan berikan diri korang sedikit masa untuk menyesuaikan persekitaran korang semula tau. Jangan tergopoh-gopoh untuk kembali ke tempat kerja tau! Nanti korang tambah stress je.

Selain itu, ikutilah kemampuan diri korang tu. Jangan paksa diri korang untuk menyiapkan segala tugasan korang dalam satu hari! Apa kata korang siapkan tugasan korang sikit demi sedikit supaya tidak menambah beban pada diri sendiri.

Jangan Tergopoh-gopoh, Boleh Stress TauPhoto from Sumber Gambar: Canva

Min pun rekomen korang untuk tidak mengabaikan rutin penjagaan korang sebelum memulakan kerja tau. Ambil sedikit masa untuk menikmati segelas kopi kegemaran korang ataupun menikmati sarapan pagi kegemaran untuk meningkatkan mood korang sebelum bekerja tu.

4. Buka Minda Korang Tu Dengan Mengubah Perspektif Baru!

Ambil Masa Untuk Ubah Perspektif Korang Dengan Berkongsi Pengalaman!Photo from Sumber Gambar: Canva

Bila dah sedap menikmati cuti raya tu sudah tentu kita berada dalam mood bercuti kan sikit pun takda kita ada masa nak fikirkan tentang kerja kita!

Haa.. apa kata korang ubah perspektif baru ketika melangkah masuk semula ke ofis tu! Min rekomen korang untuk buka minda korang supaya korang tidak merasakan bebanan kerja yang hanya menambah stress pada diri sendiri.

Minda Terbuka Mampu Menambah Semangat Kerja KorangPhoto from Sumber Gambar: Canva

Selain itu, mengubah perspektif baru dapat membawa semangat baru tau ke tempat kerja kita! Sekaligus dapat menyediakan suasana yang lebih baik berbanding sebelum ni tau.

5. Beli Baju Raya Mahal-Mahal Takkan Pakai Sekali Je, Pakai Ke Ofis Untuk Meriahkan Suasana Tu

Baju Raya Mahal Tu Takkan Pakai Sekali Je Kut?Photo from Sumber Gambar: Canva

Haa.. baju raya korang tu takkan pakai sekali je kut! Kan korang dah beli mahal-mahal tu apa kata korang pakai ke ofis bersama-sama rakan sekerja korang tu. Ini bukan sahaja dapat meriahkan suasana di ofis malah dapat menjadikan hari korang lebih ceria tau.

Selain itu, korang juga dapat membawa mood serta suasana raya di ofis dan berkongsi sama-sama rakan sekerja korang pelbagai kuih raya ataupun juadah raya ketika menyiapkan kerja masing-masing tu.

Min rekomen sangat tau untuk korang pasang lagu raya, tangkap gambar bersama-sama. Maklumlah, suasana kan sedikit suram jadi apa kata korang meriahkan suasana ofis korang tu dengan tips ni.

Barulah Meriah Ofis Dengan Baju Raya Korang TuPhoto from Sumber Gambar: Canva

Haa.. apa kata korang cuba ikuti tips ini untuk kembalikan semula mood kerja korang yang hilang tu! Mudah sahaja kan?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok