download Jom Explore app
Beroperasi Sejak 1960, Patutlah Orang Beratur Lebih 2 Jam!

Beroperasi Sejak 1960, Patutlah Orang Beratur Lebih 2 Jam!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 17 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Beroperasi sejak 1960, Nasi Kandar Sulaiman merupakan antara 'port' nasi kandar terbaik di Pulau Pinang tau menurut pelanggan tetap yang tular di media sosial baru-baru ini.

Haa.. sebut sahaja Nasi Kandar di Pulau Pinang korang pasti akan dengar pelbagai kedai yang sangat terkenal dengan resipi serta keunikkan tersendiri membezakan diri dari persaingan.

Tapi, tular di media sosial baru-baru ini. Peminat nasi kandar sanggup beratur lebih dari 2 jam tau untuk mendapatkan sepinggan nasi kuah campur bersama 20 jenis pilihan lauk yang ada di kedai ini.

Dapat Kuah Campur Pekat Baru Puas Hati TauPhoto from Sumber Gambar: Twitter | mrhello_z

Haa.. korang nak tahu kenapa kedai istimewa? Korang kena baca artikel ini sampai habis!

20 Jenis Lauk Untuk Korang Cipta Menu Tersendiri!

Ada 20 Jenis Lauk Untuk Korang Pilih Untuk Cipta Nasi Kandar Terbaik KorangPhoto from Sumber Gambar: PenangFoodie

Haa.. Nasi Kandar Sulaiman ni ada lebih dari 20 jenis lauk tau! Setiap lauk pula dimasak dengan teliti menggunakan resipi tersendiri.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis kari yang bukan sahaja sedap! Malah meningkatkan selera makan korang dengan pelbagai campuran rempah ratus memberikan rasa kompleks, unik serta tersendiri tau.

Haa.. menurut pelanggan-pelanggan tetap kedai ni, korang wajib cuba kari ikan tau kerana ia memberikan rasa yang sangat berbeza berbanding kedai lain.

Joki Yang Hebat Dia Akan Campurkan Kombinasi Kuah Yang BagusPhoto from Sumber Gambar: Penang Foodie

Bukan itu sahaja tau, pastikan 'joki' korang tu pandai pilih kuah supaya korang dapat gabungan kuah campur yang bukan sahaja pekat tapi penuh rasa dan pedas untuk membangkitkan selera makan korang tu!

Terkenal Dengan Telur Sotong, Ayam Goreng Bawang Dan Bawang Goreng!

Ayam Goreng Bawang Yang Popular Di Kedai Ni!Photo from Sumber Gambar: Facebook | Nasi Kandar Sulaiman

Haa.. walaupun sudah beroperasi lebih dari sedekad, Nasi Kandar Sulaiman memang terkenal dengan kuah kari pekat dan berempah tau.

Resipi mereka disimpan dengan rapi tapi Min syorkan untuk korang cuba berberapa lauk yang terkenal di kedai ni iaitu kari telur sotong, ayam goreng bawang dan bawang goreng!

Telur sotong ini biasanya dimasak dalam kuah pekat seperti kari untuk memberikan rasa berempah serta menambah aroma kelazatan.

Kari Telur Sotong Yang Wajib Korang Cuba TauPhoto from Sumber Gambar: Facebook | Nasi Kandar Sulaiman

Telur sotong ini selalunya dibersihkan sebelum dicampurkan dengan campuran bawang, cili dan berberapa rempah yang sebati untuk menghasilkan kuah kari pekat dan berperisa.

Kalau korang nak tahu, tekstur telur sotong ni berlemak tau dan sesuai dipadankan dengan kuah pekat berempah seperti kari. Kerana rasa dan tekstur yang unik ini lah memang sesuai dipadankan dengan nasi putih panas.

Selain itu, kedai ni juga terkenal dengan ayam goreng bawang tau. Menu wajib ni dimasak dengan bawang dan pelbagai rempah memberikan rasa unik tersendiri dan aroma wangi pasti meningkat selera makan korang.

Korang Tengok Ayam Berempah Tu Terliur Tak?Photo from Sumber Gambar: Facebook | Nasi Kandar Sulaiman

Jangan lupa tau untuk mintak joki beri korang bawang goreng lebih untuk menambah aroma dekat pinggan korang.

 

Harga Yang Berpatutan Tau! Patutlah Orang Sanggup Beratur

Datang Awal Tau Kalau Tak Korang Confirm Beratur PanjangPhoto from Sumber Gambar: Facebook | Nasi Kandar Sulaiman

 

Selain daripada menawarkan lebih dari 20 jenis lauk untuk korang pilih, Nasi Kandar Sulaiman turut menawarkan harga yang berpatutan tau berdasarkan pilihan lauk yang korang pilih.

Haa.. sebab itulah ramai orang sanggup beratur tau untuk dapatkan sepinggan nasi kandar dekat sini. Selain itu, korang boleh sediakan bajet sebanyak RM20 sudah cukup untuk pastikan korang kenyang sampai esok hari!

Best kan! tapi korang kena datang awal tau untuk elakkan diri daripada beratur lama kerana kedai ni memang ramai sejak tular di media sosial.

Kari Kepala Ikan Yang Dimasak Dengan SempurnaPhoto from Sumber Gambar: Facebook | Nasi Kandar Sulaiman

Haa.. kalau macamtu korang terliur tak baca artikel ni? Dah kemas baju nak bertolak ke Pulau Pinang? Ataupun korang dah bertolak dah!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok