download Jom Explore app
[Ramadan 2023] 4 Makanan Wajib Ada Atas Meja Waktu Pagi Raya

[Ramadan 2023] 4 Makanan Wajib Ada Atas Meja Waktu Pagi Raya

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 17 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Sudah tiba masanya untuk korang dengar lagu-lagu raya dimainkan di radio menandakan kedatangan Syawal semakin hampir.

Ramai dah tak sabar menantikan peluang untuk berkumpul bersama keluarga di kampung halaman, melawat sanak saudara ketika perayaan Hari Raya.

Pagi Raya Wajib Pekena Rendang!Photo from Sumber gambar: Astronauts.id

Tapi, tidak lengkap Hari Raya tanpa hidangan pagi raya yang sudah semestinya tiada tandinganya kan! Min sangat menantikan makanan pagi Raya tau sebab waktu tu je korang boleh menikmati pelbagai juadah mengambarkan budaya negara kita melalui makanan.

Haa.. tapi korang mesti setuju dengan Min kalau takda makanan ini maka tak lengkaplah kan kita nak sambut Hari Raya? Nak tau apa, korang kena baca artikel ni sampai habis tau!

Ketupat Memang Wajib Ada Atas Meja Tu!

Ketupat Palas Memang Juadah Wajib Waktu RayaPhoto from Sumber Gambar: Eny Abdullah

Selepas sembahyang Raya tu kan, memang wajib duduk di atas meja menikmati Ketupat kan! Biasalah, pagi Raya Aidilfitri kena mulakan dengan ketupat dulu baru juadah yang lain.

Ketupat ni biasanya dibuat daripada beras yang diketuk dan dimasukkan ke dalam anyaman daun kelapa dan dibalutkan ke dalam anyaman berbentuk segi tiga. Setelah itu, ketupat akan direbus dalam air sehingga masak.

Selain itu, ketupat ni ada dua jenis tau iaitu ketupat palas dan ketupat nasi. Perbezaannya adalah beras dan bentuk ketupat serta daun digunakan tau.

Ketupat palas menggunakan beras pulut, daun palas untuk dibalutkan menjadi bentuk tiga segi. Manakala, ketupat biasa menggunakan beras biasa, daun kelapa dan berbentuk empat segi.

Rupanya Bukan Senang Nak Buat Ketupat Ni TauPhoto from Sumber Gambar: Cookpad

Jadi, korang suka mana satu?

Korang Tak Suka Ketupat? Takpa, Lemang Pun Ada

Kalau Korang Tak Gemar Ketupat, Cuba Lah LemangPhoto from Sumber Gambar: Lemang Lifestyle Asia Hong Kong

Ada orang dia suka ketupat, ada orang dia suka makan lemang pulak! Tapi yang paling penting wajib ada di atas meja waktu Raya nanti tau. Haa.. Lemang ni merupakan makanan tradisional yang sangat terkenal di negara dan juga serata Asia Tenggara jugak tau.

Lemang ni diperbuat daripada beras yang direndam semalaman, dicampur dengan santan dan garam. Setelah itu, ia dibungkus dengan daun pisang dan dimasak di atas api terbuka sehingga masak dengan sempurna. Lemang mempunyai rasa yang unik tersendiri yang sedikit manis dan tekstur yang kenyal sesuai dihidangkan bersama lauk sampingan seperti rendang.

Lemang Memang Sedap Dihidangkan Bersama RendangPhoto from Sumber Gambar: Lifestyle Asia Hong Kong

Kalau korang nak tau, nak buat lemang bukan senang tau! Pembuatan lemang memerlukan kemahiran untuk mendaaptkan konsistensi yang betul untuk mengelakkan daripada terbakar ataupun mentah di dalam. Rugi tau kalau korang tidak pernah cuba makan lemang waktu Raya nanti!

Pagi Raya Memang Wajib Makan Rendang Dulu!

Selain Rendang Daging, Rendang Ayam Pun Sedap Tau!Photo from Sumber Gambar: Maggi.my

Rendang ni merupakan hidangan tradisional negara kita yang terdiri daripada daging pilihan korang dimasak perlahan-lahan dalam sos pedas pekat yang diperbuat daripada campuran pelbagai herba dan rempah seperti, lengkus, kunyit, bawang putih, bawang merah dan cili tau.

Selalunya, rendang dimasak dalam tempoh lama sehingga daging menjadi lembut dan kuah menjadi pekat sebati dengan rasa rempah.

Rasa yang kompleks hanya boleh dicapai melalui proses masakan yang memerlukan sedikit masa serta kesabaran. Daging mesti dimasak perlahan dengan api yang kecil untuk memberi masa kuah menjadi pekat dan rasa rempah telah sebati.

Nak Dapat Tekstur Macam Tu Perlukan Kesabaran TauPhoto from Sumber Gambar: Che Nom

Sebab itulah, rendang merupakan sebuah hidangan yang lazat dengan rasa kompleks yang dinikmati oleh semua orang dalam negara kita!

Tak Raya Lah Kita Kalau Takda Ayam Masak Merah Atas Meja Tu

Ayam Masak Merah Sedap Tau Kalau Makan Dengan NasiPhoto from Sumber Gambar: Maggi.my

Haa.. siapa je tak suka Ayam Masak Merah kan! Hidangan yang sangat popular dalam negara terdiri daripada potongan ayam dimasak dalam sos tomato yang memberikan rasa kaya serta pedas tau.

Ayam biasanya direndam dalam campuran rempah seperti halia, bawang putih serta serbuk cili sebelum digoreng sehingga emas keperangan.

Kuah disediakan dengan menumis bawang dan bawang putih dalam minyak sebelum ditambahkan tomato, pes tomato dan pelbagai campuran rempah seperti jintan, ketumbar dan kunyit.

Campuran itu dikacau sehingga pekat dan rempat telah sebati mengeluarkan rasa tersendiri.

Korang Tengok Warna Merah Pekat Tu! Tak Terliur Ke?Photo from Sumber Gambar: honestfoodtalks

Ayam Masak Merah ini memang dijadikan hidangan utama untuk disajikan bersama nasi dan acar sayur ketika hari perayaan tau. Kalau korang nak tau! Ayam Masak Merah ini merupakan antara hidangan yang dinikmati sebagai hidangan harian dalam negara tau.

Haa.. kalau tak dapat empat hidangan ini maka tak rasalah suasana Hari Raya kita nanti kan! Min paling tak sabar nak makan rendang dengan ketupat nanti.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok