download Jom Explore app
Resipi Turun-Temurun Dari Sri Lanka, Nasi Kandar Kg Melayu!

Resipi Turun-Temurun Dari Sri Lanka, Nasi Kandar Kg Melayu!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 13 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Satu pinggan nasi kandar yang dipenuhi dengan nasi putih kukus, pilihan ayam, daging, kambing ataupun ikan dimasak dengan pelbagai rempah kari dan disajikan dengan bendi serta telur masin sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Apa sebenarnya Nasi Kandar?  Ia merujuk kepada amalan peniaga India Muslim dari Pulau Pinang membawa kayu di atas bahu (kandar) dengan dua bekas besar nasi dan kari di hujungnya.

Lalu, mereka akan menjual kepada pelanggan yang berada di sekitar kawasan. Selalunya hidangan ini disajikan dengan pelbagai jenis kari dicampur dengan ayam, daging, sayur-sayuran menciptakan sebuah hidangan berat serta memuaskan.

Haa.. kalau korang nak tahu terdapat satu kedai di Pulau Pinang yang dibuka sejak tahun 1970 lagi menyajikan penduduk dengan nasi kandar yang paling sedap di negara kita tau! Apakah rahsia mereka tu?

Mai Penang, Mai lah Nasi Kandar Kg Melayu, Pulau Pinang!

Pelanggan Dah Mula Beratur Sejak 6 Pagi TauPhoto from Sumber Gambar: FB | NASI Kandar Kg Melayu

Diusahakan oleh Abdul Nasir Abdul Razak sejak tahun 1970 lagi, beliau bermula dengan menjual roti canai sahaja. Selepas 2 tahun mula memperkenalkan menu nasi kandar di kedainya.

Terletak di tingkat bawah flat kos rendah di Kg Melayu, pelanggan sanggup beratur seawal 6 pagi tau untuk mendapatkan sepinggan nasi kandar sebagai sarapan mereka.

Sepinggan Nasi Kandar Boleh Buat Sesiapa Sahaja TerliurPhoto from Sumber Gambar: NASI Kandar Kg Melayu

Kebersihan, kualiti dan kepantasan yang dijaga dengan baik menyebabkan Nasi Kandar Kg Melayu ini mempunyai pelanggan tetap di serta negara tau!

Resipi Turun-Temurun dari Sri Lanka Tau!

Pastikan 'Joki' Korang Tahu Kombinasi Kuah Kari Yang SedapPhoto from Sumber Gambar: Penang Insider

Haa.. Abdul Nasir menitik beratkan resipi kari beliau dengan menggunakan rempah kari giling yang asli sahaja yang dibelajar oleh ayah beliau. Resipi turun-temurun ini merupakan resipi keluarga dari Sri Lanka.

Bukan itu sahaja tau! Beliau menggunakan kuantiti bawang yang banyak berbanding persaingnya kerana ia bukan sahaja menambah rasa tetapi memberi keranggupan serta rasa yang lebih kompleks.

Pelbagai Jenis Kari Yang Memikat Selera KorangPhoto from Sumber Gambar: Mstar

Selain itu, beliau hanya menggunakan daging tempatan dan ikan, sotong yang segar sahaja untuk menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggannya.

Terdapat 15 Pilihan Makanan Untuk Korang Pilih! Boleh Rambang Mata Tau

Kari Kepala Ikan Pun Ada TauPhoto from Sumber Gambar: NASI Kandar Kg Melayu

Haa.. Nasi Kandar ini bergantung kepada kreativiti korang kerana campuran pelbagai jenis kuah kari serta lauk pauk akan menghasilkan sepinggan nasi yang tiada tandingan rasanya.

Jadi, Nasi Kandar Kg Melayu menyediakan 15 pilihan lauk untuk korang pilih tau! Daripada ayam ros, kari ayam, ayam bawang, kari kepada ikan dan rendang daging bakal memikat selera makan korang.

Memang Berbaloi Kalau BeraturPhoto from Sumber Gambar: NASI Kandar Kg Melayu

Sejak beroperasi, Nasi Kandar Kg Melayu turut disukai oleh berberapa orang ternama negara kita tau! Sebagai contoh, Sultan Kedah merupakan antara pelanggan tetapnya tau!

Kena Datang Awal! Kalau Tak Memang Tak Sempat

Ramai Tau Sanggup BeraturPhoto from Sumber Gambar: vkeong

Min pesan dekat korang awal-awal tau, korang kena datang seawal yang mungkin kerana selepas sahaja waktu subuh. Pelanggan tetap dah beratur tau!

Menurut Abdul Nasir, walaupun hari biasa mereka mampu menjual sebanyak 700 pinggan nasi kandar tau! Manakala, hari minggu pula boleh capai sebanyak 1000 pinggan nasi kandar.

FB | Mohd Jafri Mohd YusoffPhoto from FB | Mohd Jafri Mohd Yusoff

Walaupun mempunyai perniagaan yang laris, Abdul Nasir tetap menjaga kualiti makanan beliau dan kebanyakkan pelanggan tetap turut merasakan kualiti yang disajikan tidak pernah jatuh sepanjang perniagaan telah beroperasi.

Patutlah ramai sanggup beratur panjang-panjang dekat kedai ni, Min tengok menu diorang pun sanggup nak pergi Penang sekejap lagi!

? Nasi Kandar Kampung Melayu A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

⏰ 6:30 pagi - 1:30 tengahari ; 4:30 petang - 10 malam

 

 

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok