5 Hidangan Yang Paling Popular Di Setiap Negeri Apabila Hari Raya
Hari raya bakal menjelma, percaya tak menu hari raya setiap negeri adalah berbeze-beza untuk hidangan negeri itu sendiri. Bukan sekadar rendang saja menjadi hidangan raya tetapi ada yang menarik untuk dikongsi. Ini dia 5 negeri yang hari raya mempunyai menu raya yang spesial.
-
Rendang Hitam Dan Wajik |Negeri Sembilan
Photo from Rasa
Di Negeri Sembilan sangat popular dengan rendang hitam yang kering dan pedas. Rendang hitam ini lebih dikenali sebagai rendang minang juga. Jadi proses untuk masak rendang hitam ini akan mengambil masa selama 4 hingga 5 jam supaya daging atau ayam dimasak empuk dan memastkan kuah yang dimasak menjadi kering dan hitam.
Photo from Rasa
Selain itu, Wajik juga makanan pilihan raya bagi orang negeri sembilan. Selalunya kita akan makan dodol kan? tetapi kalau di Negeri Sembilan mereka menyediakan wajik untuk disantap. Proses membuat wajik juga lama, mereka menggunakan beras pulut, santan, gula merah dan perasa yang secukupna. Tetapi masa untuk memasak sangat lama kerana ingin membiarkan ianya pekat. Tekstur Wajik adalah kenyal dan manis.
-
Dodol | Melaka
Photo from Zambri
Dodol adalah sejenis kuih tradisional yang berasal dari Melaka dan menjadi hidangan santapan yang sangat popular di kalangan masyarakat tempatan di sana. Dodol mempunyai pelbagai versi, terutamanya dari segi warna iaitu perang gelap, hijau dan kuning.
Photo from Expat Go
Proses membuat dodol adalah sangat kritikal dan memakan masa yang lama. Bahan-bahan tersebut dikacau secara berterusan dalam kuali yang besar di atas api sehingga campuran itu menjadi pekat dan mengental.
-
Lontong | Johor Bahru
Photo from Citarasawan
Lontong adalah salah satu hidangan yang sangat popular di Johor, terutamanya semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Hidangan ini terdiri daripada nasi impit dan dimasak dalam daun pisang sehingga menjadi sejenis ketupat atau lontong. Lontong biasanya disajikan bersama dengan kuah kacang atau kuah lodeh.
Photo from Warisan Johor
Ia merupakan hidangan yang boleh dihidangkan pada bila-bila masa dan sering kali dianggap sebagai hidangan sarapan atau hidangan berat pada waktu tengahari atau malam.
-
Puding Diraja | Pahang
Photo from Rasa
Puding Diraja Pahang adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang sangat istimewa dan popular di kalangan rakyat Malaysia, terutama di Pahang. Hidangan ini terkenal kerana ia merupakan menu wajib yang dihidangkan semasa Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.
Photo from Rasa
Puding Diraja Pahang sangat popular semasa musim perayaan seperti Aidilfitri, di mana ia menjadi salah satu hidangan wajib yang disajikan di rumah-rumah dan di restoran-restoran. Selain itu, ia juga sering dijadikan hadiah atau cenderahati semasa majlis-majlis rasmi atau peribadi.
-
Ketupat | Perlis
Photo from Selera Mamu
Ketupat Palas Peghelih adalah salah satu hidangan tradisional yang sangat popular di negeri Perlis, Malaysia. Hidangan ini merupakan pilihan utama orang Perlis, terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
Photo from Selera Mamu
Proses penyediaannya melibatkan kacauan beras pulut bersama dengan pati santan segera sehingga sebati, kemudian dibalut dengan daun palas dan dikukus hingga masak.
Anda Mungkin Suka: