download Jom Explore app
Ini Dia Tips Terbaik Jika Anda Merancang Untuk Ke Sunway Lagoon Night Park

Ini Dia Tips Terbaik Jika Anda Merancang Untuk Ke Sunway Lagoon Night Park

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 17 Dec 2022
Digital Editor

Ramai dah merancang aktiviti mereka untuk menghabiskan saki-baki tahun 2022. Jika anda dapat lihat juga, banyak promosi yang menarik di sana-sini. 

317857065_521205073370010_1982055695199803413_n

Sunway Lagoon juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan "Sunway Lagoon Night Park" mereka. Dengan tema ‘The Good, The Bad and The Wild’ (Yang Baik, Yang Jahat Dan Yang Liar), tarikan ini akan berlangsung sehingga 6 Januari 2023.

319236919_521205126703338_2817509805468607000_n

Dengan harga serendah RM60 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak dan warga tua, harga ini sangatlah berpatutan! Memang tidak wajar untuk dilepaskan.

Namun begitu, jika anda merancang untuk mengalami sendiri Sunway Lagoon Night Park ini, ada beberapa tips yang ingin kami kongsikan kepada anda.

1) Pastikan Badan Anda Dehidrasi

bluewater-sweden-o6fSMrsqHOk-unsplash (1)

Sangat penting untuk anda memastikan diri anda terhidrat. Jika anda belum pernah ke Sunway Lagoon sebelum ini, keadaan di sana agak panas dan disebabkan itu anda perlu memastikan anda mengalami strok haba.

Harga makanan dan minuman di dalam kawasan taman tema juga sedikit berbeza berbanding di luar, oleh anda boleh membawa botol air sendiri sebagai alternatif. Beg akan diperiksa sebelum memasuki kawasan taman tema, oleh itu anda dinasihatkan untuk membawa beg sederhana besar bagi memudahkan proses pemeriksaan.

2) Bawa Kipas Mini Elektrik

318904346_889777348820774_8659344694075695706_n

Keadaan cuaca pada waktu malam yang sedikit ditambah pula dengan kehadiran ramai pengunjung lain akan membuatkan anda mudah berpeluh. Oleh itu, bagi mengelakkan anda rasa tidak selesa, pastikan anda membawa kipas mini elekrik yang boleh menyejukkan diri anda.

3) Pakai Baju Yang Selesa

pexels-quang-nguyen-vinh-4078029

Anda akan banyak beratur untuk menaiki ride di sana. Bagi mengelakkan anda cepat rimas, elok sekiranya anda memakai baju yang ‘loose’ atau flowy supaya lebih selesa.

Selain itu, elakkan memakai pakaian tebal atau kasut kerana terdapat beberapa ‘ride’ yang memerlukan anda bermain air seperti Colorado Splash dan Grand Canyon River Rapid. Anda mungkin harus membukan kasut anda bagi mengelakkannya basah.

4) Beli Tiket Online & Datang Awal

317845657_521205116703339_2800249120327463710_n

Jangan ingat kalau anda pergi pada hari bekerja tak ramai orang ya. Memandangkan tawaran ini adalah pada waktu yang terhad iaitu sehingga 6 Januari sahaja maka ramai yang mengambil kesempatan ini. Disebabkan itulah tips untuk anda menikmati sepuas-puasnya pengalaman Night Park ini dengan membeli tiket secara di atas talian untuk mengelakkan beratur panjang di kaunter tiket.

Selain itu, anda harus datang awal bagi mengelakkan beratur terlalu lama untuk menaiki satu ride. Night park ini dibuka seawal jam 6 petang dan biasanya orang akan mula ramai dari jam 7.30 malam hingga 11 malam.

5) Rancang Ride Yang Ingin Anda Naiki

315177336_500101185480399_7736418597493166818_n

Kenapa kena rancang ride anda? Sebab ride-ride ini selalunya popular dan ramai orang beratur. Jika anda lambat beratur, ada kemungkinan besar anda tidak akan dapat menaiki ride tersebut. Malah, masa menunggu beberapa ride boleh mencecah sehingga 120 minit.

319217932_521205080036676_5469399584182062545_n

Jadi, untuk elakkan anda membuang masa menunggu terlalu lama, maka seelokknya anda merancang ride mana yang ingin dinaiki dahulu.

**Tip Tambahan

Psst…ada banyk tempat yang anda boleh bergambar tau, jadi pastikan ada pergi dengan rakan-rakan yang pandai mengambil gambar. Barulah boleh upload di laman media sosial anda!

?Sumber Foto: Sunway Lagoon dan internet

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok