download Jom Explore app
5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Di KLIA 2 Sambil Menunggu Flight

5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Di KLIA 2 Sambil Menunggu Flight

Jom! Cuti Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 18 Dec 2022
Digital Editor

Sejak sempadan negara dibuka semula, ramai yang mengambil inisiatif pergi melancong baik di dalam mahupun di luar negara. Apa taknya, setelah dua tahun kena duduk di rumah, masa inilah nak rebut peluang kan? 


View this post on Instagram

A post shared by 기몌진 (@jane_in_kl)

Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) pun kembali sibuk berbanding dulu menunjukkan keadaan dah kembali seperti biasa.

Menaiki kapal terbang apabila pergi bercuti itu memanglah best, cuma yang tak berapa bestnya apabila waktu menunggu di lapangan terbang itu terlalu lama.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan di lapangan terbang apabila waktu menunggu terlalu lama? Mari sini kami kongsi lima idea bernas yang akan menjadi penyelamat anda.

✅Makan

Ya, makan! Anda tahu tak ada banyak restoran makanan di sini yang menanti kehadiran anda. Mesti anda pun rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.


View this post on Instagram

A post shared by ontama (@ontama.ca)

Untuk pengetahuan anda, restoran makanan ada di semua tingkat di Gateway@klia2 namun pilihan lebih banyak di level 2, 2M dan 3.

✅Shopping

Lepas makan, anda masih ada masa terluang? Okay, apa kata anda pergi shopping pula? Di Gateway@klia2 ada 225 kedai dan daripada jumlah itu, sebanyak 118 kedai terdiri daripada kedai ‘retail’.

Kalau tak nak membeli-belah pun, anda juga boleh window-shopping sahaja. Sekurang-kurangnya dapatlah menghabiskan masa sedikit.

✅Berurut

Alamak, masa tengah tunggu masa berlepas tiba-tiba rasa sakit badan? Apa kata anda pergi berurut dulu? Barulah boleh naik kapal terbang dengan selesa kan?

Jangan risau, di KLIA 2, ada Thai Odyssey yang boleh melegakan segala sakit badan anda.

✅Mandi

Okay, aktiviti ini mungkin sesuai untuk mereka yang ada penerbangan sambungan, oleh itu mereka perlu mandi untuk segarkan diri atau mereka yang tiba awal pagi dan perlu bersihkan diri untuk memulakan aktiviti. Di KLIA 2, anda boleh terus pergi ke Plaza Premium Lounge di tingkat 2M.

pexels-karolina-grabowska-4194865

Harganya adalah Rm32 untuk 30 minit. Jangan risau sebab semua alatan mandian dimasukkan sekali di dalam harga tersebut.

✅Tidur

Kalau dah tak tahu nak buat apa sangat, anda bolehlah tidur je sementara menunggu waktu penerbangan anda. Di mana? Di Capsule Transit.

airside01

airside03

Anda boleh daftar masuk pada bila-bila masa mengikut jam. Keadaan di dalam kapsul diyakini bersih dan selamat malah loker juga disediakan. Terdapat dua lokasi Capsule Transit ini, satu di gateway@klia2 manakala satu lagi di dalam dewan pelepasan.

?Sumber Foto: Instagram

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok