download Jom Explore app
[Ramadan 2023] 5 Tips Untuk Tidak Berbelanja Lebih Di Bazar Ramadan!

[Ramadan 2023] 5 Tips Untuk Tidak Berbelanja Lebih Di Bazar Ramadan!

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 28 Mar 2023
Digital Editor

Selalunya perkara yang dinanti-nantikan menjelang bulan puasa adalah Bazar Ramadan. Apa taknya, masa inilah boleh nak makan macam-macam makanan yang best-best di bazar tu. 

Advertisement
Advertisement

Bazar Ramadan tempat utama orang ramai membeli juadah berbukaPhoto from Pinterest

Namun begitu, ramai juga lah yang selalu mengeluh kerana terlebih berbelanja apabila menjejakkan kaki ke Bazar Ramadan. Yalah, apabila tengah lapar memang semua makanan dan minuman kelihatan sedap kan? 

Bazar Ramadan sentiasa meriah dengan orang ramaiPhoto from Pinterest

?Bawak duit cukup- cukup

Antara tips yang sangat disarankan untuk tidak membazir adalah bawa duit cukup-cukup je di bazar. Walaupun sekarang ada kemudahan QRpay ataupun e-dompet, telefon pinta itu letak jauh-jauh. 

Jangan bawa duit berlebihan ke bazarPhoto from Pinterest

Contohnya, jika anda target untuk berbelanja RM15 sahaja, maka buat kira-kira apa makanan dan minuman yang ingin dibeli. Lepas dah beli semua, terus balik. Jangan singgah ke mana-mana lagi. 

Advertisement
Advertisement

Elakkan pembaziran di bulan RamadanPhoto from Pinterest

?Pergi seorang diri

Anda perasan tak? Jika anda pergi shopping sorang-sorang mesti duit tak habis banyak. Berbeza pula jika bersama dengan rakan-rakan. Masa itu, bila kawan cakap lawa mudah sahaja anda termakan hasutan mereka. Sudahnya, duit pun melayang.

Pergi seorang pun ons kan?Photo from Pinterest

Sama jugalah senario dengan ke Bazar Ramadan, nak jimat duit eloklah anda pergi seorang diri. Kalau tak, ada sahaja hasutan rakan-rakan dan kesudahannya duit pun makin berkurang! 

Kalau pergi dengan rakan mesti termakan hasutanPhoto from Berita Harian

?Jangan berada lama di Bazar 

Satu lagi tips berguna jika anda tak mahu berbelanja lebih adalah tidak berada lama di Bazar Ramadan. Percayalah, lebih lama anda di sana, lebih banyak duit akan keluar. Masa tu lah nampak ayam percik macam sedap atau rasa satu cawan air tak cukup. 

Advertisement
Advertisement

Elakkan berada lama di bazar RamadanPhoto from Taufulou

Oleh itu, pastikan anda set masa berapa untuk berada di bazar, lepas dah beli terus balik. Mesti tak lebih berbelanja bila buat begitu! 

Elakkan berbelanja lebih di Bazar RamadanPhoto from Utusan Malaysia

?Pergi masa ramai orang 

Okay, tips ini mungkin akan kedengaran pelik, tapi kenapa tips ini berguna kerana apabila di bazar ramai orang maka anda akan mudah rimas seterusnya malas nak berjalan-jalan cuci mata. 

Kalau nak jimat pergi masa ramai orangPhoto from Johor Kini

Anda akan terus beli makanan dan minuman yang diinginkan lepas tu balik. Kan dah jimat kat situ? 

Beli barang dan terus pulangPhoto from Butterkicap.com

?Senaraikan makanan dan minuman yang ingin dibeli

Tips ini boleh dikatakan agak klise kerana ia memang biasa dibuat tapi ia sebenarnya terbukti berkesan. Jika anda mempunyai senarai maka anda akan lebih mudah mengikuti senarai tersebut dan tidak akan berlebihan berbelanja!

Beli apa yang telah disenaraikan sahajaPhoto from Majoriti

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok