download Jom Explore app
[Ramadan 2023] Tak Mahu Nampak Letih Atau Lesu Ketika Ramadan? Cuba Tips Untuk Kekal Hidrat Semasa Berpuasa!

[Ramadan 2023] Tak Mahu Nampak Letih Atau Lesu Ketika Ramadan? Cuba Tips Untuk Kekal Hidrat Semasa Berpuasa!

Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 27 Mar 2023
Digital Editor

Dalam pada kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan, ada juga perkara lain yang menjadi kerisauan ramai apabila badan akan mudah dehidrasi. Apatah lagi, dalam tempoh 8 jam kita menahan lapar dan dahaga, pastinya susah untuk kita kekal hidrat semasa berpuasa.

Rasa lesu, letih dan lemah semasa berpuasa?Photo from Freepik

Masa itu, kita akan mudah rasa lemau, penat, tidak selesa dan letih. Perjalanan harian pun terganggu, mereka yang bekerja susah untuk fokus manakala mereka yang masih belajar pun rasa tidak bermaya untuk melakukan apa-apa.

Penat bekerja seharian terutama semasa berpuasaPhoto from Freepik

Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku pada bulan Ramadan ini, apa kata anda ikut tips ini. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu anda untuk kekal hidrat.

Seronoknya berbuka puasa dengan yang tersayangPhoto from Freepik

?Elakkan minum bergula dan mengandungi kafein

Mungkin kedengaran agak klise tapi ramai pakar yang menyarankan anda untuk minum air secukupnya setiap hari. Anda juga boleh mengikut metod 2-4-2 di mana minum dua gelas ketika sahur, 4 gelas air ketika berbuka dan dua gelas air sebelum tidur. Percaya tak, jika anda ikuti metod ini, maka akan cukuplah 8 gelas sehari untuk anda minum.

Minum air kosong secukupnyaPhoto from Pinterest

Selain itu, elakkan juga untuk minum bergula ataupun minuman yang mengandungi kafein kerana pengambilan minuman sebegini akan membuatkan anda lebih banyak minum air dari yang sepatutnya.

Elakkan minuman berkafeinPhoto from Pinterest

?Mandi untuk segarkan tubuh badan atau basuh muka ataupun solat

Jika anda terasa badan seperti lesu kemudian bibir dan mulut terasa kering, maka anda boleh cuba untuk mandi supaya tubuh badan terasa lebih segar.  Tapi, pastikan anda mandi air sejuk dan jangan pula anda minum air tu. Batal pula puasa nanti.

Mandi untuk segarkan semula tubuh badan andaPhoto from Pinterest

Jika anda sedang bekerja dan tidak boleh mandi, boleh basuh muka dan berkumur. Akan tetapi, ketahuilah bahawa perbuatan ini tidak digalakkan sangat. Satu lagi aktiviti yang lebih afdal untuk anda lakukan adalah solat. Perasan tak, lepas anda solat, anda akan terasa lebih segar?

Cuaca panas boleh membuatkan anda jadi lesu, basuh muka supaya keliahatan lebih segarPhoto from Pinterest

?Pakai baju yang selesa & sesuai, dari aspek warna, fabrik dan lapisan

Umum ketahui bahawa iklim di Malaysia ini adalah panas dan hujan sepanjang tahun. Kalau cuaca panas agak mencabarlah buat umat Islam yang berpuasa. Oleh itu, adalah penting untuk anda memilih pakaian yang sesuai apabila berpuasa di dalam keadaan cuaca yang panas terik ini.

Pakai pakaian berwarna cerah Photo from Pinterest

Antara faktor penting yang perlu diambil kira adalah warna pakaian di mana anda perlu mengelakkan memakai pakaian yang berwarna gelap khususnya warna hitam dan merah kerana warna ini dipercayai menyerap haba. Seterusnya, fabrik dan lapisan pakaian juga memainkan peranan penting, contohnya jika anda memakai pakaian jenis cotton dan nipis adalah lebih selesa dan sesuai untuk cuaca panas.

Pakai pakaian jenis cotton supaya anda kekal selesaPhoto from Pinterest

?Pilihlah dengan bijak makanan berbuka 

Ya, masa sedang berpuasa mesti rasa lapar itu tak tertahan kan? Bila pergi bazar rasa macam nak makan semua benda. Dalam pada kita membeli itu, kenalah beringat juga ya. Setelah 8 jam badan tidak menerima apa-apa, maka seeloknya jangan buat badan terkejut apabila menerima makanan dan minuman yang terlampau.

Jangan makan berlebihan, berhenti sebelum kenyangPhoto from Pinterest

Kurangkan makanan bergula dan anda boleh lebihkan makanan yang elok untuk tubuh badan seperti buah-buahan, kurma dan lain-lain.

Banyakkan makan buah-buahan untuk kekal hidratPhoto from Pinterest

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok