download Jom Explore app
[Ramadan 2023] Amalkan Minum Air Ini Ketika Sahur Untuk Tahan Berpuasa

[Ramadan 2023] Amalkan Minum Air Ini Ketika Sahur Untuk Tahan Berpuasa

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 20 Mar 2023
Digital Editor

Alhamdulillah, kita semua sekali lagi diberikan kenikmatan untuk bertemu dengan bulan Ramadan sekali lagi. Semoga bulan yang mulia ini akan sekali lagi memberikan keberkatannya pada kita semua.

Bazar Ramadan Photo from Instagram mr.ca_k

Antara salah satu perkara yang menjadi kerisauan ramai adalah untuk tahan berpuasa. Yalah, pastinya ramai yang harus bekerja atau melakukan kerja-kerja seharian walaupun sedang berpuasa. Pastilah anda tak mahu lembik awal dan kekal bertenaga sepanjang hari kan?

SahurPhoto from Freepik

Oleh itu, jom kita lihat minuman yang anda boleh minum ketika sahur untuk kekalkan momentum tenaga dan lewatkan rasa lapar ketika sedang berpuasa.

SahurPhoto from Homage.com

?Susu Oat Suam

Tahukah anda, oat merupakan salah satu makanan yang popular untuk mereka yang sedang berdiet kerana kandungan lemak yang rendah namun mampu memberikan pemakannya rasa kenyang yang cukup? Sama seperti susu kambing, susu oat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah perut sensitif dan mudah untuk dihadam.

Susu OatPhoto from Freepik

?Milo Suam

Anda pernah dengar tak orang kata kalau minum milo, anda mudah terasa kenyang? Tak dinafikan bahawa milo membuatkan kita rasa kenyang dan bertenaga. Sebab itulah ia antara minuman sarapan pagi kegemaran ramai.

MiloPhoto from Pinterest

?Susu Kambing Suam

Susu kambing sebenarnya elok untuk tubuh badan kerana ia mempunyai vitamin D iaitu nutrien yang membantu penyerapan kalsium sekaligus menguatkan tulang. Ia juga elok untuk kesihatan jantung serta elok untuk kulit. Untuk rekod, apa jenis susu sebenarnya elok untuk badan tau. Oh lagi satu, susu ini juga elok diminum untuk mereka yang mempunyai masalah perut sensitif.

Susu kambingPhoto from Pinterest

?Susu Kurma Suam

Susu kurma sangat elok untuk diambil bukan sahaja untuk mereka yang sihat tetapi juga buat ibu-ibu yang menyusu badan ataupun ibu hamil yang teringin untuk cuba berpuasa.

Susu kurmaPhoto from Pinterest

Dengan mengambil susu ini, ia akan memberikan tenaga sepanjang hari dan juga memastikan anda kekal hidrat walaupun sedang berpuasa. Rasa lapar pun kurang.

Susu KurmaPhoto from Pinterest

?Air Suam

Pastikan anda minum satu gelas air suam semasa bersahur. Ini adalah untuk memastikan tubuh anda mempunyai air yang cukup di dalam badan. Elakkan minum air sejuk atau secara berlebihan kerana ia tidak akan kekal lama di dalam badan.

Air suamPhoto from Pinterest

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok