download Jom Explore app
5 Tempat Berbuka Puasa Terbuka Dan Percuma Di Malaysia

5 Tempat Berbuka Puasa Terbuka Dan Percuma Di Malaysia

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 07 Mar 2023
Digital Editor

Setiap tahun pada bulan Ramadan, destinasi-destinasi ini selalu ramai dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatan untuk berbuka puasa dengan piknik bersama. Suasana di tempat-tempat ini seperti sebuah pesta tahunan yang sangat menarik untuk dijelajahi. Berikut adalah lima tempat berbuka puasa yang sangat bagus untuk dikunjungi bersama keluarga atau teman-teman.

Suasana apabila berbukaPhoto from Majlis Perbandaran Kuantan

  • Dataran Merdeka

Bagi warga kota, mana lagi kalau bukan berbuka puasa secara piknik ramai-ramai jika tidak di Dataran Merdeka & juga di sepanjang Jalan Raja. Kawasan lepak yang sangat lapang di padang juga sangat mudah untuk pengunjung memilih port yang best untuk dihamparkan tikar sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa.

Kawasan berbuka di Dataran MerdekaPhoto from Iftar@KL

Dataran Merdeka juga dekat dengan bazar ramadan di Jalan Tar, jadi pengunjung boleh membeli di bazar ramadan dahulu dan terus sahaja berbuka di Dataran Merdeka. Selain itu, Dataran Merdeka juga mempunyai pelbagai program sebelum waktu untuk berbuka puasa dan makan percuma yang dianjurkan oleh NGO. Lrt yang terdekat untuk ke sini adalah Masjid Jamek.

? Jln Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Padang MBSA Dataran Shah Alam

Dekat dengan masjid, kawasan lapang dan mudah untuk mencari tempat membeli juadah. Memang satu destinasi yang lengkap untuk anda berbuka ramai-ramai secara terbuka di Dataran Shah Alam. Lagi best kalau singgah ke Bazar Ramadhan di Seksyen 7, Shah Alam terlebih dahulu dan terus ke sini untuk cari port menarik. Jangan lupa untuk siap-siap sediakan tikar ataupun surat khabar lama.

Berbuka puasa di Shah AlamPhoto from MBSA

Setiap hari pada bulan Ramadhan, pasti kawasan sekitar padang di Dataran Shah Alam ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang berkeluarga atau pun pelajar-pelajar untuk berbuka puasa beramai-ramai. Jika berhasrat ke sini, sebaiknya datang awal-awal kerana kawasan letak kereta agak terhad.

?Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

  • Dataran Putrajaya

Jika anda merasakan berbuka puasa di hotel yang menyediakan program Buffet Ramadan agak mahal terutamanya jika anda membawa keluarga yang ramai, jangan risau. Terdapat alternatif yang baik untuk anda berbuka puasa dengan suasana yang meriah dikelilingi oleh bangunan yang indah dan pemandangan yang menarik.

Berbuka puasa bersama kawan-kawanPhoto from Perbadanan Putrajaya

Lokasi yang dimaksudkan ialah Dataran Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman serta berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Abidin (Masjid Besi). Selain berdekatan dengan masjid untuk kemudahan solat, Dataran Putrajaya juga mempunyai banyak pilihan tempat membeli makanan, baik di restoran atau Bazar Ramadan Presint 2, Putrajaya.

?Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

  • Padang Majlis Perbandaran Kuantan

Jika anda berada di Bandar Kuantan pada bulan Ramadan, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan berbuka puasa bersama ramai-ramai di Padang Majlis Perbandaran Kuantan yang terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri (Masjid Sultan Ahmad 1).

Suasana berbuka di KuantanPhoto from Majlis Perbandaran Kuantan

Yang paling menarik ialah terdapat sebuah bazar Ramadan yang agak besar dengan puluhan gerai-gerai yang menjual makanan dan hidangan berbuka puasa yang sedap-sedap. Selain makanan, terdapat juga bazar yang menjual pakaian, baju raya, aksesori wanita dan songkok yang mungkin boleh anda beli untuk persiapan Hari Raya nanti.

?Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

  • Dataran Shahbandar Kuala Terengganu

Dataran Shahbandar terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang amat tenang dan menenangkan apabila anda berada di sini pada waktu petang. Lokasinya terletak di tepi Sungai Terengganu dan tidak jauh dari kawasan muara dan pantai. Anda boleh merasai angin sepoi-sepoi Laut Cina Selatan semasa berbuka puasa di sini.

Bebruka puasa di TerengganuPhoto from Kitareporters

Walaupun Dataran Shah Bandar tidaklah sebesar kawasan berbuka puasa seperti di Padang Majlis Perbandaran Kuantan, namun masih sangat lapang dan sesuai untuk anda berbuka puasa secara berkelah. Dataran ini juga mempunyai pokok-pokok yang redup serta bangsal untuk berehat.

?Jalan Sultan Zainal Abidin, Dataran Syah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Jika diperhatikan dengan baik, kebanyakan tempat berbuka puasa seperti ini terletak di padang rumput atau dataran terbuka yang luas. Selain itu, selama bulan puasa, terdapat juga bazar-bazar Ramadan yang menarik di sekitar tempat-tempat ini dan masjid-masjid juga terletak dekat sehingga mudah bagi pengunjung untuk menunaikan Solat Maghrib atau Solat Terawih bersama setelah berbuka puasa.

Anda Mungkin Suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok