Jom Solo Date Sekitar Masjid Jamek! Banyak Tempat Bersejarah Yang Menarik Tau
Trend untuk 'solo-date' ini bukanlah sesuatu yang baru. Dah ramai dah orang suka buat aktiviti seorang diri, tak kisah lah sama ada keluar jalan-jalan seorang diri ataupun buat aktiviti seorang diri. Orang kata nak me-time gitu.
Photo from Instagram pc_see
Bila dah asyik dikelilingi orang sahaja, memang kadang-kadang kita rasa nak bersendirian kan? Apa kata hujung minggu ini, anda me-time dengan pergi ke Masjid Jamek? Nak ke sini pun mudah, naik lrt je dah boleh sampai.
Photo from Instagram adamsteve69
Ada banyak tempat anda boleh pergi
Mesti anda tertanya-tanya kan, ada apa di Masjid Jamek? Jangan risau lah, tempat-tempat yang anda boleh lawati ini tak perlu keluar duit pun. Hanya jalan-jalan cuci mata sahaja.
Photo from Instagram sheilasagita
Tempat pertama yang anda boleh pergi adalah Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan lama yang menjadi tempat mesti pergi jika anda berada di Masjid Jamek. Tahukah anda bahawa bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini ada lokasi di mana bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1957?
Photo from Instagram eqqa_bebo91
Bangunan ini telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan di dalam kategori tapak warisan 2007. Bangunan ini juga lawa tau kalau anda nak bergambar. Jadi, anda boleh lah sediakan tripod supaya gambar anda kelihatan on-point!
Photo from Instagram ororooor
Kalau dah pergi Bangunan Sultan Abdul Samad, mestilah kena ke Dataran Merdeka juga kerana ia sebelah-sebelah sahaja. Tempat ini ternyata merupakan tempat bersejarah buat Malaysia kerana di sini laungan Merdeka sebanyak tujuh kali dilaungkan sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.
Photo from Instagram fatinelias_
Sekarang, tempat ini dah jadi tempat lepak atau piknik buat orang ramai. Ada famili akan datang membawa tikar dan melakukan aktiviti keluarga.
Photo from Instagram iskandarzulkarnain
Kalau lapar boleh singgah ke Pasar Seni untuk makan
Dulu pasar seni merupakan Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ayam, ikan dan daging dan barang keperluan harian. Kini, ia menjadi pusat hab kraftangan, kebudayaan dan kesenian. Malah, di kawasan sekitar Pasar Seni juga mempunyai mural yang lawa untuk bergambar!
Photo from Instagram niacantsleep
Selain itu, anda juga boleh cari makan di kawasan sekitar pasar seni kerana di situ ada banyak kafe dan kedai makan yang menarik. Pastinya anda boleh menghabiskan masa yang lama apabila berada di sini.
Photo from Instagram _anssrya_
Lepas tu, tempat terakhir anda boleh pergi adalah River of Life. Tempat ini seeloknya datang pada waktu malam lah. Baru meriah sikit dengan lampu-lampu yang lawa, dan juga pemandangan yang menenangkan.
Photo from Instagram ryshafitri
Ha, itu lah sedikit sebanyak tempat yang anda boleh lawati untuk solo-date di Masjid Jamek. Semoga bermanfaat!
Photo from Instagram sibiria200