Mini Zoo Taman Teruntum, Zoo Hibrid Pertama Di Dunia. Kena Pergi Ni!
Mini Zoo Taman Teruntum antara satu zoo yang unik di Malaysia. Anda pernah dengar tak mengenai zoo hibrid? Mungkin ada tak tak faham konsep zoo ini macam mana. Untuk pengetahuan anda, zoo hibrid adalah zoo yang mempunyai baik haiwan hidup ataupun haiwan yang sudah pupus iaitu dinosaur.
Photo from Instagram zaty_sis_perodua
Eh macam mana tu? Anda semua jangan ingat konsep zoo ini macam filem Jurassic Park tu. Haa... mereka menghidupkan semula haiwan tersebut menggunakan konsep animatronik sahaja. nampak macam real tapi sebenarnya tak pun!
Photo from Instagram ninazahari
Hanya 30 peratus haiwan hidup di Mini Zoo Taman Teruntum
Bertempat di Kuantan Pahang, kawasan Mini Zoo Teruntum ini berkeluasan sebanyak 4.4 hektar ini hanya mempunyai 30 peratus sahaja haiwan hidup. Yang lain semua diubah bagi tujuan edu-pelancongan.
Photo from Instagram nrfarahanaaaa
Antara haiwan hidup yang ada di Mini Zoo Teruntum adalah arnab, seladang, ular, buaya, kuda padi, burung enggang, rusa, burung unta, burung merak dan banyak lagi.
Photo from Instagram sitisahab
Rasai pengalaman dengan dinosaur di Mini Zoo Taman Teruntum
Untuk pengalaman haiwan animatronik pula, diwujudkan Dinosaurs Encounter yang mempamerkan dinosaurs seperti T-rex, brachiosaurus, velociraptor, triceratops dan banyak lagi. Semestinya, anda akan lebih memahami dan mengenali haiwan-haiwan yang pernah ada di muka bumi kita ini.
Photo from Instagram teachernorm
Dimulakan dengan melangkah masuk menerusi pagar yang dibina sama seperti dalam filem Jurassic Park, para pengunjung akan menonton tayangan 3D mengenai haiwan pra-sejarah itu. Kemudian, barulah anda semua boleh pergi dengan lebih dekat dan mempelajari mengenai para dinosaur ini. Memang seronok!
Photo from Instagram syuhada.shakir
Banyak tempat instafoto!
Jika anda suka bergambar, kami ada berita baik untuk anda. Di Mini Zoo Teruntum, ada banyak tempat yang sesuai untuk berfoto! Anda boleh memilih sama ada nak bergambar dengan haiwan-haiwan di sini ataupun port-port lain yang memang lawa!
Photo from Instagram rosnahhusin
Antaranya adalah sarang burung gergasi dan juga rumah hobbit! Biar betul, ada rumah Hobbit? Ya, anda tak perlu pergi jauh sehingga ke New Zealand sebab di sini pun dah ada. Bagaimanapun, para pengunjung hanya boleh bergambar di luar rumah sahaja tau.
Photo from Instagram wanz_ridzuan
Harga tiket untuk dewasa adalah RM25 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM22. Kemudahan tandas, parkir yang luas dan juga taman permainan untuk kanak-kanak turut disediakan di sini.
Photo from Instagram rohaida0812
📍Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
⏰9am-6pm (setiap hari)
Anda mungkin suka: