Hidden Gem Di Pekan, Makan Dalam Koc Kereta Api?!
Terletak di Pekan, Pahang. Kafe Belibis menawarkan pelanggan pengalaman makan yang paling unik iaitu makan dalam koc kereta api untuk mewujudkan suasana yang tidak dapat dijumpa di tempat lain.
Pahang merupakan antara negeri yang 'underrated' kerana banyak destinasi menarik menunggu anda untuk menerokai. Tolak tepi destinasi popular seperti Cameron Highlands, Genting Highlands atau Bukit Fraser.
Cuba anda singgah ke bandar diraja Pahang iaitu Pekan. Haa.. di sini anda dapat menemui Kafe Belibis yang terleta di Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang).
Sambil menikmati makanan menyelerakan, anda juga dapat mempelajari sediki sebanyak sejarah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia! Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Photo from HorLeong Loh
Koc Kereta Api Diubah Suai Menjadi Sebuah Kafe
Photo from sh ewe
Walaupun beroperasi dengna nama Kafe Belibies, orang di sini sering memanggilnya Kafe Kereta Api. Mengapa anda tanya?
Lihat sendiri bagaimana mereka telah mengubah suai 3 koc Lokomotif KTM Class 22 tau. Perkara ini sahaja telah membezakan pengalaman anda makan di sini berbanding kafe di seluruh kawasan berdekatan.
Photo from IG | Kafebelibis
Untuk pengetahuan umum, kafe ini beroperasi di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Pahang. Ia juga menjadi salah satu inisiatif bagi memelihara sejarah Kereta Api Tanah Melayu (KTM).
Jika ruang dalam koc kereta api penuh, jangan risau kerana terdapat meja makan disediakan di bahagian luar. Keseluruhan suasana di sini sangat cantik melalui seni bina stesen kereta api zaman kolonial dijadikan latar belakang.
Photo from IG | nanaadriannaa
Puding Diraja Pahang, Wajib Dicuba!
Photo from Maryam Azhar
Haa.. sudah tentu aspek makanan menjadi fokus utama bagi menentukan sama ada kafe itu berbaloi atau tidak. Disebabkan itu ramai pelanggan sering menyebut 3 hidangan utama wajib dicuba.
Hidangan tersebut adalah seperti berikut:
Laksa Pahang
Photo from Mohd Zulkifli
Biasanya kita gemar menikmati Laksa Penang kan? Namun jarang kita dengar tentang Laksa Pahang. Perbezaan utama ialah kuahnya di mana ia lebih pekat, lemak serta berwarna kuning.
Bahan seperti ikan tenggiri, santan, kerisik digunakan bagi membezakan versi Pahang.
Opor Daging
Photo from HorLeong Loh
Masakan sinonim dengan orang Pekang sering dihidang di majlis kenduri atau Hari Raya. Rupanya seperti daging masak hitam dan boleh dimakan dengan nasi putih, impit, lemang dan roti juga tau.
Puding Diraja
Photo from HorLeong Loh
Mengapa digelar Puding Diraja? Kerana ini merupakan pencuci mulut yang dihasilkan oleh kerabat diraja negeri Pahang tau. Bahang asasnya ialah pisang lemak manis, susu sejat, prun, ceri dan kacang gajus.
Dihiasi dengan jalan masa dan dihidangkan dengan sos sejuk diperbuat dari susu dan tepung jagung. Rugi kalau anda ke Kafe Belibis lepastu tak cuba!
Suasana Tenang Memberikan Pengalaman Makan Santai
Photo from Mad Izam
Eh anda tunggu apa lagi? Takkan tak terliur lihat gambar makanan yang min letak dalam artikel ini. Mestilah tak sabar nak tunggu hujung minggu untuk menyinggah kafe kereta api ini kan?
Photo from IG | nanaadriannaa
Tambahan pula dengan suasana tenang sudah tentu anda berada dalam mood santai sahaja! Makanan pun berada dalam harga yang berpatutan dan lokasinya sangat mudah untuk dicari.
Lihat sahaja lokasinya di bawah ini:
📍 Jalan Sultan Ahmad, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang
⏰ Setiap hari kecuali Isnin (8 am - 7 pm)
Mungkin korang suka: