Seronoknya Menghabiskan Masa Di Club Med Cherating, Banyak Aktiviti Boleh Buat Dan Makan Puas-Puas!
Anda semua teringin tak nak pergi bercuti kat satu tempat ini di mana semuanya termasuk sekali di dalam bayaran. Kiranya, makanan & aktiviti sepanjang anda berada di situ sudah dimasukkan sekali jadi anda boleh enjoy sepuas-puasnya.
Photo from Instagram lidya_haris
Kalau anda nak percutian seperti itu, jom lah ke Club Med, Cherating! Dah lah bercuti di tepi pantai, private beach lagi tau. Bukan satu tetapi dua. Cuma jika anda nak mandi pantai tu kena pergi private beach yang lagi satu.
Photo from Instagram farisaid
Sedikit info mengenai Club Med, terletak di Cherating dan saat masuk ke pekarangan resort ini, anda terasa seperti berada di kawasan yang berbeza. Suasananya sangat tenang dan nyaman malah seni binanya juga berbeza.
Photo from Instagram etienne71421bokono
Bayaran untuk semua!
Memanglah nampak macam bayaran satu malam di Club Med ini mahal, namun ia sebenarnya all-inclusive termasuk makanan dan beberapa aktiviti boleh dilakukan secara percuma.
Photo from Instagram snakesolidus
Apa, makanan percuma? Ya betul! Makanan yang disediakan di resort ini adalah percuma! Disediakan secara bufet, anda boleh makan puas-puas sebanyak tiga hari sekali iaitu sarapan pagi, tengah hari dan juga malam.
Photo from Instagram sazalifahjoe
Psst.. menu hidangan mereka pun ada banyak variasi tau. Suka masakan melayu? Cina? Barat? Italian? Semua adalah! Dan semestinya sedap hingga menjilat jari. Setiap hari, ada sedikit perubahan pada menu jadi pastikan anda bijak memilih makanan.
Photo from Instagram siti_rahmah79
Tak cukup makanan, anda juga boleh minum minuman di bar secara percuma. Tapi pastikan minuman yang anda pesan tu tidak mengandungi alkohol ya. Ada menu menunjukkan minuman yang mengandungi alkohol dan tidak beralkohol. Dan di bar ini juga anda boleh pesan minuman sebanyak mungkin. Semuanya percuma!
Photo from Instagram sharifahsyazreen
Oh ya, terdapat dua kolam renang di resort ini. Satu kolam renang biasa dan satu lagi adalah zen pool di mana para pengunjung tidak boleh berbuat bising. Datang mandi dan rehatkan minda anda. Yang penting, view dia memang lawa sangat!
Photo from Instagram its_chunkit
Ada banyak aktiviti
Seperti yang kami katakan tadi, terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Nak berehat? Boleh bersantai di pantai. Atau jika anda suka hiking? Ada tempat hiking yang anda boleh cuba. Selain itu ada juga gelanggan badminton dan bola keranjang untuk mereka yang berminat.
Photo from Instagram neyneymunchie
Haa.. kalau nak aktiviti mencabar sikit boleh cuba rock-climbing. Tapi yang ini bayarannya ya. Sama juga jika anda ingin melakukan sukan air. Atau nak lagi mencabar, boleh buat urutan di spa mereka. Wow! Memang anda akan rasa sangat lega kerana sambil diurut, dapat juga cuci mata melihat keindahan pantai di Cherating!
Photo from Instagram norashahida
Malam minggu tidak membosankan!
Setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan ada persembahan dilakukan di podium yang terdapat ruangan lobi resort. Ini bukan show biasa-biasa tau, luar biasa punya!
Photo from Instagram elisamuzdie
Dipercayai, setiap minggu show yang dilakukan adalah berbeza. Ada pertunjukan aerobik, tarian dan yang paling best, tarian k-pop pun ada tau!
Photo from Instagram nor.aziz1163
?Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang
Anda mungkin suka: