download Jom Explore app
5 Perkara Menarik Anda Boleh Buat Di Tamarind Square, Cyberjaya!

5 Perkara Menarik Anda Boleh Buat Di Tamarind Square, Cyberjaya!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 07 Mar 2023
Digital Editor

Bila sebut je Tamarind Square, automatik orang tahu bahawa tempat itu adalah tempat makan yang popular di Cyberjaya. Tak salah pun dan memang ada banyak kafe yang kedai makanan yang menarik di sana.

Tamarind SquarePhoto from Instagram ainaaharry

Jangan tak tahu, sebenarnya Tamarind Square ini diwujudkan sebagai hab gaya hidup komuniti di Cyberjaya di mana anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di satu tempat sahaja. Tidak hanya terhad sebagai tempat makan.

Tamarind SquarePhoto from Instagram aidel_arvi

Oleh itu, Jom Explore ingin berkongsi dengan anda perkara-perkara menarik lain yang anda boleh lakukan di sini.

Tamarind SquarePhoto from Instagram deannarazali

?Ambil gambar

Konsep Tamarind Square ini adalah kawasan perindustrian bertemu dengan alam semula jadi. Sebab itu, jika dilihat dari luar kelihatan seperti sebuah bangunan tetapi di dalamnya penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan alam semula jadi.

Tamarind Square Photo from Instagram aalia_anuar

Dan semestinya, mengikut perkembangan trend masa kini juga, jika nak tarik minat kenalah ada spot instagrammable. Jangan tak tahu, ramai yang suka buat fotoshot di sini sebab banyak tempat yang lawa untuk bergambar.

Tamarind SquarePhoto from Instagram ilis3m

?Sertai kelas zumba atau fitness

Dah namanya pun hab gaya hidup kan? Oleh itu, adalah kelas zumba dan fitness diadakan khas untuk mereka yang berminat! Terdapat bayaran dikenakan namun ia sangatlah berpatutan. Anda perlu membayar ketika nak sertai kelas sahaja.

Tamarind Square Photo from Instagram

Untuk kelas zumba, diadakan pada hari Isnin dengan bayaran RM5/ seorang manakala kelas fitness pula diadakan pada setiap Rabu dengan bayaran RM10/seorang

Tamarind SquarePhoto from Instagram poundtastic.ariefshah

?BookXcess 24 jam

Ya, di sini pun ada BookXcess tau! Dan paling best ia dibuka 24 jam. Jadi jika anda adalah pencinta buku bolehlah habiskan masa di sini.

BookXcess Tamarind SquarePhoto from Instagram nornizazainul

Oh ya, dalam kedai ini juga ada disediakan kafe tau. Sambil-sambil baca buku tu boleh juga lah hirup kopi ataupun makan kek. Mesti lagi best kan?

BookXcess Tamarind SquarePhoto from Instagram nornizazainul

?Manjakan diri dengan buat mani-pedi!

Siapa yang suka nak manjakan diri, boleh lah buat manicure dan pedicure di sini. Ada salon yang best dan harganya pun berpatutan. Selain itu, urutan dan juga proses pengelupasan.

Tamarind SquarePhoto from Instagram kayhassan

?Makan-makan di kafe 

Ada banyak kafe dan tempat makan yang best tau di Tamarind Square. Pilih je, nak makanam melayu, barat, Itali, Jepun, Korea, fusion semua adalah.

Tamarind SquarePhoto from Instagram aznieezainuddin

Selain makanan, mestilah ada port baik punya untuk coffee-coffee, dan semestinya anda boleh pilih kafe mana nak pergi. Nak yang aestetik? Kopitiam? Semua adalah!

Tamarind SquarePhoto from Instagram mqelias

?B-02-03, Tamarind Square, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok