5 Kafe Terbaik Di Janda Baik, Pahang. Sesuai Untuk Bersantai Pada Hujung Minggu.
Anda sudah bosan dengan kafe-kafe yang berada di sekitar kawasan anda. Jom, kami kongsikan kafe yang terbaik di Janda Baik, Pahang. Selama ni, kita selalu mendengar di Janda Baik adalah sebuat pusat peranginan dan penginapan tetapi sekarang sudah ada pelbagai kafe yang menarik untuk anda kunjungi.
Disebabkan Janda Baik terdapat banyak pusat penginapan, maka kafe-kafe yang ada di sana tumbuh seperti cendawan tetapi kami akan berkongsikan 5 kafe yang terbaik di Janda Baik, Pahang untuk bersantai.
?Istana Lemuni
Rasai suasana tempat bersantai yang indah di Istana Lemuni, terletak di tengah-tengah Janda Baik. Istana Lemuni merupakan sebuah lokasi yang penuh dengan budaya dan tradisi Melayu yang indah dengan replika seperti istana melayu Terengganu lama sebagai tarikan utamanya. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan melayu yang enak seperti nasi lemak, roti canai, asam pedas, lempeng dan pelbagai menu disediakan
Selain dari menikmati makanan, pengunjung juga dapat bergambar di tempat-tempat yang disediakan. Apabila memasuki ke sana, anda merasa seperti di istana lama terdahulu.
?Lot 9756, Kg Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
⏰8am-5pm (Jumaat-Ahad) | Isnin-khamis tutup
? 012-326 5966
?Kopi Ladang Janda Baik
Kopi Ladang Janda Baik ini terletak di atas bukit jauh dari sungai. Disebabkan itu, apabila pergi ke sini cuacanya terasa sangat nyaman dan segar untuk menghirup secawan kopi mereka sendiri.
Restoran Kopi Ladang ini merupakan antara lokasi sarapan yang popular di Janda Baik. Antara menu lain juga yang boleh anda cuba adalah seperti roti goyang, nasi lemak ayam berempah, roti bakar dan pelbagai lagi.
Apa lagi, bolehlah bawa keluarga anda bersantai disini sambil menikmati secawan kopi ladang.
? Lot 6503, Kg janda baik, 28750 Bentong, Pahang
⏰8am-7pm ( Isnin-Ahad) | Selasa Tutup
?013-775 3601
?Pintoo Coffee+
Terletak agak tersorok di atas bukit, dikelilingi hutan hujan yang begitu nyaman. Pinto Coffee+ di Janda Baik ini mungkin sukar untuk dicari tetapi pasti berbaloi apabila sudah ditemui. Dengan konsep kontemporari, kafe ini menawarkan pelbagai jenis kopi yang menarik dimana anda boleh menikmati pilihan kopi hasil tanaman tempatan yang ditanam sendiri.
Pintoo Coffee+ menyediakan pelbagai menu yang menarik seperti makanan barat, minuman yang berunsurkan kopi dan pelbagai dessert yang menarik. Anda boleh melayari laman web mereka, untuk melihat menu yang ada sebelum sampai disini. Ianya muslim-friendly.
?Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
⏰10am-6.30pm (Selasa-Ahad)| Isnin Tutup
?019-390 7875
?Pineyard Cafe
Di inspirasikan oleh alam, Pineyard Janda Baik ini menawarkan suasana nyaman dan tenang, jauh daripada hutan bandar. Dengan ruang yang luas, kafe ini sememangnya sesuai untuk anda bersantai disini bersama keluarga. Pineyard juga merupakan antara kafe yang popular dan terbaik di sini.
Untuk memudahkan anda menikmati hidangan menarik disini, disarankan utnuk anda datang awal supaya tidak perlu beratur. Pelbagai menu yang disajikan untuk anda menikmati pemandangan yang indah kerana konsep kafe ini luas. Selesa untuk bersantai bersama kawan-kawan anda.
Menu ini termasuk pelbagai hidangan Barat, seperti pasta dan sarapan sepanjang hari, serta kopi, teh dan pencuci mulut.
? C1, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750
⏰9am-6pm (Selasa-Ahad) | Isnin Tutup
9am-8pm (Jumaat-Sabtu)
?09-233 0340
?KopiNKraf
KopiNKraf ialah kafe yang selesa dan santai dengan suasana hutan yang indah. Di sini anda boleh menikmati hidangan Malaysia dan Asia Tenggara yang lain bersama keluarga dan rakan-rakan. Menu kami merangkumi Chicken Kuzi dari Kelantan, Nasi Lemak, Soto Indonesia, Popiah Kemboja dan pelbagai pilihan kopi tempatan dan antarabangsa.
Selain makanan dan minuman, terdapat hasil kraf tangan Asia Tenggara dari Malaysia, Bali, Indonesia dan Kemboja yang boleh anda beli. Anda boleh membelinya sebagai hadiah atau sebagai hiasan.
Anda yang berkunjung di sini dapat melihat dekorasinya yang antik dan juga kayu lama seperti anda kembali ke zaman lampau.
?27796, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
⏰9am-5pm (Selasa-Ahad) | Isnin Tutup
?018-905 3536
Anda mungkin suka: