download Jom Explore app
Hin Bus Depot, Dulu Terminal Bas Kini Hab Komuniti Kreatif Di Georgetown!

Hin Bus Depot, Dulu Terminal Bas Kini Hab Komuniti Kreatif Di Georgetown!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 11 Jan 2023
Digital Editor

Siapa sangka, tempat yang satu ketika dahulu merupakan terminal bas di Georgetown, Pulau Pinang kini bertukar wajah menjadi hab kreatif yang menjadi tarikan masyarakat setempat.

Kini dipenuhi dengan galeri seni, kafe, dan juga studio para artis malah ada juga pasar lambak di sini tau! Paling best apabila saban minggu ada sahaja event yang dijalankan menjadikan kawasan ini sentiasa meriah dengan manusia.

Menariknya mengenai Hin Bus Depot ini apabila ia merupakan tempat di bawah semua masyarakat yang berbilang kaum boleh melepak di satu kawasan yang sama. Ada banyak juga makanan yang sesuai dengan cita rasa anda serta halal atau muslim-friendly. Jangan risau, harganya semua berpatutan.


View this post on Instagram

A post shared by Hin Market (@hinmarket)

Sedikit info menarik mengenai Hin Bus Depot ini, tranformasi hab ini bermula pada tahun 2014 apabila artis jalanan di sebalik lukisan mural yang popular di Pulau Pinang iaitu Ernest Zacharevic menggunakan terminal bas lama itu sebagai tapak pameran solo pertamanya!

Jadi, sekiranya anda berjalan-jalan ke Pulau Pinang atau berada di sekitar kawasan Georgetown, jangan lupa untuk ke Hin Bus Depot ini kerana ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sana.

? 31A, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

 Isnin - Jumaat (12pm- 8pm), Sabtu & Ahad (11am-8pm)

Anda mungkin suka:

 

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok