
Imarahkan Bulan Ramadhan Di 5 Masjid Cantik Dan Terindah Di Negeri Selangor
Kunjungi Masjid dan Surau Indah di Negeri Selangor untuk Beribadat pada bulan Ramadhan. Jangan lewatkan kesempatan untuk menikmati malam-malam terakhir Ramadan dengan menunaikan solat terawih di masjid atau surau yang cantik dan indah di sekitar Anda. Temukan tempat ibadah yang sesuai untuk Anda dan dapatkan pahala berganda-ganda di sisa waktu Ramadan.
Photo from Selangor Travel
Masjid yang dibina di Malaysia sangat indah dengan seni bina yang direka khas, tetapi kali ini min nak kongsikan masjid yang tercantik di Selangor yang boleh diamarakkan pada bulan Ramadan ini.
-
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Jika berkesempatan terawih di sini memang best dan selesa.
Photo from Masjid Biru, Shah Alam
?Persiaran Masjid St. Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
-
Masjid Diraja Sultan Suleiman
Masjid Diraja Sultan Suleiman ini telah dibina pada era 1930-an dan telah dirasmikan oleh Sultan Alauddin Shah pada tahun 1932. Ia terletak di Daerah Klang dan mampu memuatkan seramai 1,200 orang jemaah. Mempunyai seni bina yang sangat unik bercirikan seni bina Monghul, ianya memberikan elemen Islamik dan katedral neoclassical. Ditutup sementara pada tahun 2015 untuk proses penambahbaikan dan kembali beroperasi pada tahun 2017 dengan kemudahan yang lebih efektif, masjid ini kekal menjadi tumpuan pelancong dan warga Klang.
Photo from Mazlan
-
Masjid As-Salam
Pasti terkesima dibuatnya melihat Masjid As-Salam, masjid yang terletak di Taman Puchong Perdana ini. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung, ianya satu-satunya masjid terapung yang terdapat di Negeri Selangor buat masa ini. Masjid ini telah dirasmikan pada 8 Disember 2006 dan dibina berlatar-belakangkan taman dan tasik. Mempunyai kapasiti 4,000 orang jemaah pada satu-satu masa, masjid ini tersergam indah, lebih-lebih lagi menjelang waktu senja.
Photo from Anatasia Soh
-
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah
Masjid yang dirasmikan pada 22 Jun 2016 ini menjadi masjid pertama di Malaysia yang mendapat penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah ini terletak di Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk ciri-ciri prinsip hijau dengan menerapkan elemen mesra-alam dalam pembinaannya. Ianya menggunakan teknologi hijau seperti panel solar, tadahan hujan dan banyak lagi. Masjid yang sangat cantik ini mempunyai konsep taman Islamik di perkarangannya. Keluasan masjid ini adalah 17.580 ekar dan mampu memuatkan 8,300 orang jemaah pada satu-satu masa.
Photo from Construction Plus Asia
?Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
-
Masjid Diraja Sultan Ala’eddin
Dibina pada sekitar tahun 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924, masjid bersejarah ini mampu memuatkan 800 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Juga dikenali sebagai Masjid Bandar, ianya juga menjadi sebuah monumen sejarah bagi Negeri Selangor dengan sktrukturnya yang masih gah berdiri sehingga hari ini. Ia terletak di Pekan Banting sekitar 200 meter daripada Istana Bandar. Reka bentuk masjid ini mempunyai ciri-ciri kesenian kaum India-Muslim dan masyarakat Islam dari negara Timur Tengah.
Photo from Heritage Building
? Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor
Anda Mungkin Suka:
❤️5 Tempat Berbuka Puasa Terbuka Dan Percuma Di Malaysia
❤️Berusia Lebih 400 Tahun, Ini Antara Masjid Tertua Yang Ada Di Malaysia!