Dataran Sejarah Ayer Keroh, Lokasi WAJIB SINGGAH Jika Anda Di Melaka!
Melaka terkenal dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka serta hikayat Hang Tuah. Malah, masih kelihatan banyak tinggalan sejarah yang para pengunjung boleh temui di sini.
Photo from Instagram mmmm_0726
Selain itu, terdapat banyak juga tempat menarik untuk dikunjungi seperti zoo, taman tema air, shopping dan banyak lagi lah. Kat sini pun ada banyak tempat makan yang best tau!
Photo from Instagram m.i.n_foodiary
Haa, ada satu lagi tempat yang anda semua wajib singgah jika berada di Melaka iaitu Dataran Sejarah yang terletak di Ayer Keroh. Tapi pastikan anda datang pada waktu malam tau! Barulah bercahaya dan berseri sikit.
Photo from Instagram bisnesjaja
Dulu hanya ada lampu jalan, sekarang dah berwarna-warni!
Kalau anda nak tahu, sebelum Majlis Perbandaran Melaka mengambil keputusan untuk menaik taraf kawasan tersebut, ia hanyalah satu jalan kosong yang mempunyai lampu jalan sahaja. Namun kini, setiap malam boleh dikatakan tempat itu meriah dengan orang ramai.
Photo from Instagram faizal_razak1807
Dengan suasana yang dipenuhi lampu-lampu yang berwarna-warni menarik ramai pengunjung untuk datang bergambar. Memang lawa dan sangat menarik!
Photo from Instagram qushairye_af
Leypark Station
Kalau dah penat ambil gambar, anda boleh pergi penuhkan perut anda di Leypark Station. Jangan terkejut, memang nama tempat ini 'leypark' okay. Kat sini ada banyak makanan yang memenuhi citarasa pengunjung!
Photo from Instagram saudagar.aiman
Konsep Leypark Station ini lebih kurang sama seperti di Gurney Drive, Pulau Pinang. Ada pelbagai kedai dan pengunjung boleh memilih makanan dan minuman pilihan mereka. Tempatnya pun bersih dan sesuai untuk dijadikan tempat lepak!
Photo from Instagram ley_park_station
Apa-apapun, para pengunjung kenalah sama-sama menjaga kebersihan awam. Lepas makan, buang sendiri bekas makanan di tong sampah.
Photo from Instagram ley_park_station
Jualan kraftangan
Kalau anda sering berkunjung ke Melaka, mesti perasan kat negeri ini ada banyak jualan hasil kraftangan penduduk tempatan. Ya, di sekitar Dataran Sejarah ini pun anda akan berjumpa perkara yang sama.
Photo from Instagram khairolanuar36
Dalam usaha untuk merancakkan ekonomi kraftangan di negeri ini, maka insiatif seperti menjadikan kawasan ini sebagai tempat 'wajib singgah' diambil.
Photo from Instagram azirahasmai
Oleh itu, jika anda berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah, jangan lupa untuk masukkan Dataran Sejarah di dalam itinerari anda ya!