Roti Canai Dulang Melaka, Sarapan Roti Sebesar Dulang Kenyang Sampai Petang
Mesti Korang dah bosan selalu makan roti canai kena order dua keping sebab takut tak kenyang kan? Apa kata korang cuba sarapan di Roti Canai Dulang di Alor Gajah, Melaka. Mereka menyediakan roti canai yang unik kerana roti mereka sebesar dulang.
Photo from Roti Canai Dulang
Menu Sarapan Yang Sedap
Roti Canai mereka walaupun besar mereka menyajikan dengan sedap dan rangup. Roti Canai Dulang Kecil (RM4) Untuk roti canai dulang kecil, beliau menggunakan dua doh dan tiga biji telur. Saiz dulang kecil ini boleh dimakan sehingga dua ke tiga orang dalam satu masa.
Photo from Roti Canai Dulang
Roti Canai Dulang Besar (RM10) bagi roti canai dulang besar pula, beliau memerlukan tiga doh dan 10 biji telur. Roti canai bersaiz besar ini mampu mengenyangkan empat ke lima orang. Nah besar tak besar roti canai dulang ni. Jadi kalau satu keluarga boleh order satu roti canai dulang besar ni. Makin beramai-ramai lebih erat.
Photo from Roti Canai Dulang
Selain roti canai, yang besar mereka juga menyediakan roti canai yang biasa seperti roti kosong, roti telur, roti sardin, mee goreng, mee kari, kuey teow goreng dan pelbagai lagi menu sarapan yang sedap.
Photo from Roti Canai Dulang
Kuah Yang Sedap
Selain dari kuah biasa yang selalu disediakan dengan roti canai iaitu kuah dal dan kari, mereka juga ada menyediakan kuah kari kambing untuk menaikkan lagi kelazatan roti canai dulang ni. Rata-rata pelanggan mengatakan kari kambing mereka juga sedap. Kalau makan roti canai dulang ni, kira boleh kenyang dari pagi sampai petang ya.
Photo from Kuah kari kambing yang sedap
Photo from Roti Canai Dulang
Mana lagi nak dapat roti canai besar gedabak macam ni? Satu dulang boleh share sampai empat ke lima orang kan, seronok dapat makan sekali dengan kawan kawan atau adik beradik. Yang mana tinggal di Melaka atau bercuti di Melaka, jangan lupa singgah sekali roti canai dulang ni ya!
Photo from Roti Canai Dulang
? Kada Enterprise @ Roti Canai Dulang Cherana Putih 78000 Alor Gajah, Melaka
⏰7am-3pm ( Selasa Tutup )
?017-374 1375
Anda Mungkin Suka:
❤️ Pengkalan Balak, Pusat Peranginan Bersama Keluarga Jom Melancong Di sana
❤️Jangan Lupa Singgah Ke Rumah Makan 100 Tahun Di Melaka