download Jom Explore app
Tahu Tak Taman Tema Baru Di Melaka Dah Dibuka? Jom Kenali Malaysia Heritage Studio

Tahu Tak Taman Tema Baru Di Melaka Dah Dibuka? Jom Kenali Malaysia Heritage Studio

Jom! Cuti Bajet
By Nurul Khaleeda on 26 Dec 2022
Digital Editor

Melaka sememangnya terkenal sebagai bandar raya bersejarah di Malaysia. Tahukan anda bahawa Melaka turut diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Julai 2008.

Antara peninggalan bersejarah yang masih boleh dilihat di bandar raya ini adalah A Famosa, bangunan Stadthuys dan juga masjid Tengkera yang merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia.

Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO

Selain itu, Melaka juga mempunyai banyak kawasan menarik untuk dilawati seperti muzium, Zoo Melaka, Taman Buaya, Freeport A’Famosa Outlet dan banyak lagi.

Tak cukup dengan semua tarikan ini, Tourism Melaka muncul dengan Taman Tema Baru yang diperkenalkan sebagai Malaysia Heritage Studios.

Untuk pengetahuan, Malaysia Heritage Studios ini bertempat di Taman Mini Malaysia di mana bakal terdapat 13 buah rumah yang dinaik taraf mengikut tema dan elemen kebudayaan dan warisan bagi setiap negeri sebagai tarikan.

Pengunjung juga boleh melihat secara dekat ‘karakter hidup’ yang membawa perwatakan lagenda yang popular seperti Cik Siti Wan Kembang, Puteri Gunung Ledang, Mat Kilau, Hang Tuah dan ramai lagi.

Tarikan lain di Malaysia Heritage Studios adalah pengunjung boleh bergambar di luar Rumah Malaysia serta menikmati pertunjukan yang meliputi kebudayaan dan warisan di Malaysia.

Setakat ini, baru dua buah rumah yang sedia dibuka untuk dilawati iaitu Rumah Kedah dan Rumah Sabah.

?Rumah Kedah

Tema Rumah Kedah adalah berdasarkan Kepercayaan atau dari alam lain (From Another World) dengan menggunakan lampu berbentuk padi atau tanglung yang melambangkan simbolik kaum masing-masing.

Malah, Kedah juga merupakan negeri jelapang padi, maka tentunya elemen padi harus dimasukkan juga.

?Rumah Sabah

One Thousand and One Borneo Night atau seribu satu malam Borneo dipilih sebagai tema Rumah Sabah. Antara pamerannya adalah topeng-topeng muka yang sinonim dengan kepercayaan atau ritual masyarakat negeri di bawah bayu itu.

?Exit Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

⏰9am-6pm

?Rumah-rumah lain dijangka siap pada Jun 2023. Harga tiket masuk untuk pra pelancaran adalah RM28 (dewasa), RM25 (kanak-kanak). Harga asal adalah RM45 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok