Vagary Resort, Pulau Pangkor Penginapan Yang 'Instagrammable' Buat Pelancong
Pulau Pangkor adalah salah satu pulau yang paling dekat dengan Kuala Lumpur, mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pulau Pangkor. Baru- baru ni min ada jumpa satu resort yang Instgarammable untuk para pelancong dan dekat saja di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Tempat yang dimaksudkan adalah Vagary Resort, Teluk Nipah.
Photo from Vagary Resort, Pulau Pangkor
Resort Yang Menarik
Ini ada sebuah resort yang menawarkan pengalaman seakan-akan sedang bercuti di luar negara dengan dekorasi bilik-bilik penginapannya yang berwarna-warni serta dihiasi mural seni yang kreatif dan cantik-cantik belaka! jadi di sini anda kalau nak bergambar sangat sesuai kerana konsep memang khas untuk anda bergambar.
Photo from Fatinliyanaizzati
Photo from awimmasryal
Kelebihan Vagary Resort
Resort ini menyediakan keseluruhan 18 buah chalet yang terdiri daripada 3 Deluxe (yang boleh memuatkan maksimum 4 orang) 12 Standard Chalet (yang boleh memuatkan maksimum 2 orang) dan chalet untuk backpackers.
Photo from Vagary Resort
Setiap chalet mempunyai televisyen, penghawa dingin dan bilik air persendirian. Vagary Pangkor terletak bersebelahan dengan Coral Beach, jadi, anda boleh jalan-jalan di pantai pada bila-bila masa sahaja.
Photo from Vagary Resort
Harga semalam untuk bilik di resort adalah sekitar RM120. Murah dan sangat berbaloi kan korang!
Mesra Pelanggan
Menariknya, rata-rata pengunjung yang pernah menginap di Vagary Resort mengatakan mereka sangat menyukai suasana di sekeliling resort berkenaan yang dikatakan sangat bersih, mempunyai kakitangan yang peramah dan sungguh membantu.
Photo from Norazlina
Berdekatan dengan pantai
Malah lebih best apabila Vagary Resort juga sangat dekat dengan laut hanya 2 minit berjalan kaki ke Pantai Teluk Nipah dan 400 meter dari Pantai Coral.
Photo from Vagary Resort
Kalau korang nak menjamu selera di kedai makan atau membeli cenderahati buat yang tersayang pun semuanya berdekatan dan mudah akses.
Photo from Snorkeling at Pulau Pangkor
Aktiviti juga boleh dilakukan di sana seperti Banana Boat, Snorkelling, dan macam-macam lagi yang boleh dilakukan.
?4464, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
?05-685 3878
Anda Mungkin Suka: