download Jom Explore app
Alun Retreat, Hotel Kontena Betul-Betul Tepi Pantai di Pulau Pangkor !

Alun Retreat, Hotel Kontena Betul-Betul Tepi Pantai di Pulau Pangkor !

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 15 Dec 2022
Digital Editor

Musim Monsoon? Tapi korang still lagi nak melancong ke tempat yang mempunyai pemandangan laut dengan air yang sangat membiru, Hanya 2 Jam sahaja dari Kuala Lumpur. Tempat tinggal yang mempunyai konsep Cabin dan juga sangat minimalist iaitu di Alun Retreat , Pulau Pangkor.

Senja yang indah dan nyaman.

Alun Retreat, Pulau Pangkor

Hotel kontena ini tepi laut. Boleh lah korang layan sunset. Dari dalam bilik pun boleh nampak laut. Keluar bilik pulak boleh terus berlari mandi dengan  laut view cantik ! Memang hebat lah !

Pemandangan laut yang luas, biru, dan dipenuhi angin yang bertiup bertiup.

Bilik yang selesa, bersih dan dihiasi dengan indah.

Dari hotel nak ke Pekan Pangkor pun dekat. Senang lah korang nak borong coklat. Nak cari makan pun mudah. Kawasan ni private property dan kawasan laut pun berpagar. Keselamatan adalah terjamin.

Warna biru laut yang menenangkan hati ini benar-benar menawan!

Hotel ini mempunyai konsep yang luar biasa - dibina dengan 21 kontena perkapalan untuk menghasilkan 7 unit penginapan. Jangan lupa sebab ianya sangat terhad jadi korang kena book awal awal tau.

Ia menjadi salah satu pilihan penginapan yang menarik

Bermain air di kolam renang, bestnya tu! Seronok sangat!

Dekat sini ada 3 jenis bilik yg kita boleh pilih. Harga pon ikut jenis bilik ( Weekday / Weekend). Jenis bilik Executive & Ocean View mmg betul-betul depan laut, dalam berapa langkah dah boleh mandi dah menarik bukan ?

Suasana malam yang tenang, sesuai untuk menenangkan jiwa dan berehat.

Pantai yang bersih dan tenang, dihiasi ombak yang tenang dan angin yang bertiup lembut."

?Alun retreat , Jalan Pasir Bogak, Pekan Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak

?019-6756334

Tempahan: https://www.alunretreat.com/

?Sumber Foto: Facebook

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok