Berendam di Homestay dengan Kolam Renang dan Pemandangan Sawah Padi yang Mengasyikkan
Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan bandar dan merasai kehidupan kampung yang sebenar, Asean Homestay adalah tempat yang sesuai untuk anda. Terletak di atas air yang membasahi sawah padi, homestay ini menawarkan 4 unit rumah yang menghadap ke padang luas yang hijau. Apabila buka sahaja pintu dan tingkap, anda akan dibawa ke dunia kampung yang aman damai di mana hanya pemandangan sawah padi yang luas yang akan kelihatan.
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Asean Homestay mempunyai kemudahan kolam renang yang pastinya akan memberikan kepuasan kepada anda dan keluarga. Lebih menarik lagi, homestay ini dibina di atas kawasan sawah padi yang memberikan pemandangan terbaik ketika bermandi-manda. Ia pastinya memberikan suasana ala-ala Ubud di Bali, Indonesia yang popular dengan kehijauan pemandangannya.
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Asean Homestay juga telah menerima review yang sangat baik daripada tetamu yang pernah menginap. Salah satu kelebihannya adalah homestay ini yang sentiasa bersih, kemas, luas dan selesa untuk acara keluarga.
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Kemudahan dan Aktiviti Menarik di Asean Homestay
Setiap unit rumah mempunyai 2 bilik tidur berpendingin hawa dan 1 bilik air. Anda pasti akan berasa selesa dan sejuk ketika hari panas di sini. Homestay ini juga menawarkan servis di mana tetamu boleh menempah makanan jawa seperti Nasi Ambeng atau mengadakan barbeku sendiri. Apabila anda merasa bosan, anda juga boleh mengambil basikal atau layang-layang yang disediakan oleh pengurusan homestay untuk mengisi masa lapang anda.
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Apa yang membuat Asean Homestay menjadi lebih menarik adalah anda boleh mengadakan kenduri atau majlis lain di sini. Anda juga boleh meminta host untuk menyediakan bantuan jika anda memerlukan apa-apa bantuan semasa anda berada di homestay ini. Tidak ketinggalan, anda juga boleh bermain di dalam lumpur atau berjalan di antara sawah padi untuk menikmati suasana kampung yang unik.
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
Pelbagai Pilihan Makanan Tempatan
Selain itu, kedai makan yang menawarkan makanan tempatan seperti Warung Pak Ahim dan Mail Lambong Corner boleh dijumpai dalam masa 2 minit daripada homestay ini. Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan tempatan yang lazat semasa anda berada di sini.
Photo from Facebook Asean Homestay Selangor Pool
?Parit 6 Barat, Kampung Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor
?019-676 7541
Anda Mungkin Suka: