5 Taman Yang Sesuai Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga Di Kuala Lumpur
Musim cuti sekolah telah pun tiba mungkin ada Ibu Ayah yang tak tahu nak bawa anak-anak anda kemana kan? Apa kata anda bawa anak-anak anda ke taman- taman yang berada di sekitar Lembah Klang. Masuk pon tak berapa mahal sesuai untuk anak bergembira dan terokai benda baru.
Photo from Taman Botani KL
Taman Eko Rimba | Bukit Nanas
Juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL, hutan simpan ini merupakan satu-satunya destinasi hutan semulajadi yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur. Siapa sangka, sebuah bandar metropolitan yang hebat seperti KL ini mempunyai destinasi rimba sebegini. Berada di sini memang terasa seperti kawasan pedalaman kerana suasananya yang redup dipayungi pokok-pokok hijau yang rimbun meninggi.
Photo from Syujay
Terdapat trek jalan kaki dan juga canopy walk untuk kemudahan pengunjung bergerak sambil melihat keindahan sekeliling dari sudut yang tinggi. Kalau anda melawat KL Tower, boleh terus menuju ke pintu masuk Taman Eko Rimba KL yang ada berdekatan sahaja. Sekiranya pengunjung ingin berkhemah atau bermalam, perlu membuat permohonan terlebih dahulu.
Photo from Soo Hin
?Kuala Lumpur, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
⏰ 7am-7pm
?️Rm 10.00 ( Dewasa ) | Rm 1 ( Kanak-Kanak & Warga Emas) Warganegara
?️ Rm 40.00 ( Dewasa ) | Rm 5 ( Kanak-Kanak) Bukan Warganegara
Taman Rama-Rama
Aktiviti di sini memang sangat santai dan sesuai untuk habiskan masa berkualiti bersama anak-anak. Selain itu, terdapat juga haiwan eksotik lain untuk tatapan pengunjung seperti penyu, serangga-serangga eksotik, Japanese koi fish dan sebagainya. Konsep taman rama-rama ini yang terbuka memang lebih menyeronokkan & kalau anda bernasib baik, boleh merasai serangga comel ini hinggap di atas kepala atau tangan anda.
Photo from Flickr
Harga tiket adalah RM11 untuk pengunjung dewasa dan RM6 untuk pengunjung kanak-kanak berusia 2 ke 11 tahun. Untuk pengunjung bukan warganegara pula, bayaran yang dikenakan adalah RM24 untuk dewasa dan RM 13 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran.
Photo from Cenderawasih
?Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰9am-4.30pm( Isnin-Ahad)
?️ RM 11 ( Dewasa ) | RM 6 ( Kanak-Kanak )
?️RM 24 ( Dewasa Bukan Warganegara) | RM 13 ( Kanak-kanak Bukan Warganegara )
Taman Botani Negara
Kini destinasi ini lebih dikenali dengan nama Taman Botani Perdana. Landskap dan kemudahan di taman ini dibina khas untuk warga kota melakukan aktiviti santai petang samaada jogging atau bersiar-siar pada waktu petang bersama anak-anak.
Photo from Taman Botani Perdana
Terdapat juga taman permainan kanak-kanak yang agak besar yang pasti membuatkan anak-anak anda teruja. Di tasiknya pula anda boleh bermain paddle boat atau mencuba untuk berjalan di atas air dengan permainan yang diberi nama Unexs Waterball. Tidak jauh dari sini anda boleh melihat dua jenis binatang eksotik iaitu kancil dan rusa di Taman Rusa dan Kancil yang boleh anda dikunjungi secara percuma.
Photo from Taman Botani Perdana
Photo from Taman Botani Perdana
?Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ 7am-8pm ( Setiap Hari )
Taman Tasik Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa merupakan taman yang sangat luas dan besar. Sekiranya anda ingin jogging & mencari lokasi yang mempunyai trek jalan kaki yang panjang, di sinilah antara destinasi yang disyorkan. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga. Terdapat juga taman permainan yang tidaklah terlalu besar tetapi memadai untuk anak-anak bersuka ria seketika.
Photo from Taman Permainan Di Sana
Photo from Mohd Zarin
? Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Federal Territory of
⏰7am-10pm
Taman Burung Kuala Lumpur
Taman burung KL ini bukannya kecil dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Malah ianya juga merupakan taman burung terbuka yang terbesar di dunia. Kalau ke sini pasti akan habiskan masa berjam lamanya untuk melihat semua tarikan yang ada di Taman Burung KL. Selain taman burung, di sini juga mempunyai pertunjukkan binatang yang jinak dan pandai yang pasti membuatkan anak-anak teruja.
Photo from KL Bird Park
Antara jenis burung yang unik dan menarik untuk berinteraksi secara langsung ialah burung merak, burung enggang, burung kakak tua dan bangau. Memang best !
Photo from Gabriel
Photo from KL Bird Park
?920, Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰9am-5.30pm
?️ Dewasa (MyKad) : RM 27 seorang
?️Kanak-kanak 3-11 tahun (MyKid): RM 13 seorang
?️Dewasa (tiada Mykad): RM 50 seorang
?️Kanak-kanak 3-11 tahun (tiada Mykid): RM 41 seorang
Anda Mungkin Suka:
❤️Bersantai di D'Sawah Bendang Homestay, Antara Pilihan Penginapan Terbaik di Sungai Besar!
❤️Chalet Moden Ala Inggeris Terdapat Di Gua Kelam Chalet