download Jom Explore app
Chalet Moden Ala Inggeris Terdapat Di Gua Kelam Chalet

Chalet Moden Ala Inggeris Terdapat Di Gua Kelam Chalet

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 16 Feb 2023
Digital Editor

Nak bercuti ke Perlis tapi tak tahu nak pilih tinggal dimana? Apa kata jom bermalam di Gua Kelam Chalet yang berkonsepkan minimalist, english modern dan sangat selesa untuk hari keluarga.

Bahagian Luar ChaletPhoto from Gua Kelam Chalet

Dekorasi Minimalis

Dekorasi minimalis tanpa banyak hiasan dan perabot di dalam chalet memberikan rasa mewah kepada pengunjung. Chalet dengan tema Inggeris membawa anda ke luar negara ke dalam landskap yang tenang. Ia tempat yang sempurna untuk bercuti!

Dekorasi yang minimalistPhoto from Gua Kelam Chalet

Bilik yang disediakan mempunyai perlbagai jenis bilik iaitu standard room, deluxe room, superior room, junior suite, presidential room dan family suite. Harga yang ditawarkan bermula Rm 118-Rm 468.

Single BedroomPhoto from Gua Kelam Chalet

 

Fasiliti yang disediakan

Gua Kelam Chalet juga ada kolam renang, snooker, wifi, dining room dan ada tempat karoke yang privasi. Menarik lah sini kan! Aktiviti yang disediakan juga banyak seperti bermain basikal, tempat menunggang kuda, melihat haiwan ternakan dan pelbagai lagi. Jadi kalau ke sini, memang tak bosan.

Kolam Renang Yang DisediakanPhoto from Gua Kelam Chalet

Jalan-Jalan Naik BasikalPhoto from Gua Kelam Chalet

Suasana Yang Nyaman

Kalau nak tahu, suasana di chalet Gua Kelam ni sangat tenang dihimpunkan dengan gunung-ganang, pepohon hijau dan dekat dengan kaki bukit serta Gua Kelam yang terkenal di Perlis.

Suasana Senja Yang NyamanPhoto from Gua Kelam Chalet

Apa lagi kalau ke Perlis, jom lah tidur disini dengan harga yang berbaloi dengan mendapatkan pelbagai kemudahan.

?368, Belakang Sekolah Cina, Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

?019-506 0596

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok