download Jom Explore app
Nikmati Keindahan Flora Dan Fauna Di Tengah-Tengah Bandar KL. Jom Hiking Di Taman Tugu!

Nikmati Keindahan Flora Dan Fauna Di Tengah-Tengah Bandar KL. Jom Hiking Di Taman Tugu!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 14 Feb 2023
Digital Editor

Bila duduk di Kuala Lumpur, memang susah sedikit nak jumpa dengan kehijauan flora dan fauna. Semuanya hanyalah hutan konkrit.

Jika anda teringin nak dikelilingi dengan kehijauan, apa kata anda ke Taman Tugu. Terletak betul-betul di tengah-tengah kota Kuala Lumpur dengan keluasan 66 ekar, ada beberapa trail yang anda boleh pilih bermula dengan 1KM hinggalah 5KM.

Trail Taman TuguPhoto from Instagram maklongsazlina

Jangan risau, trail di Taman Tugu ini tak susah pun, malah ia sangat mudah dan ada banyak pit-stop di mana anda boleh bergambar, membaca info menarik berkaitan flora-fauna dan juga merehat sambil bermain buaian yang disediakan.

Taman TuguPhoto from Instagram cikmisi_sarah

Ada banyak trail di Taman Tugu

Trail yang paling mudah adalah nursery trail, hanya 1KM sahaja dan anda boleh tamat dalam masa 30 minit. Sangat mudah dan mendatar. Anda hanya perlu ikut anak panah yang telah ditetapkan.

Trail Taman TuguPhoto from Instagram kitty_comot

Kalau rasa nak mencabar sikit, anda boleh cuba trail hijau dan kuning. Peta untuk trail ini ada dikongsikan di papan tanda yang terdapat di kawasan sekitar Taman Tugu. Anda boleh mengambil gambar supaya tidak keliru trail mana yang perlu diikuti.

Trail Taman TuguPhoto from Instagram anyssaaiyanie

Trail hijau dan kuning ini adalah 3KM, sama seperti nursery trail, ada anak panah untuk setiap checkpoint. Apa yang menarik di trail ini adah gazebo unik yang sering menjadi tempat bergambar pengunjung yang berkunjung di sini.

Tugu negaraPhoto from Instagram yun.nisahalim

Kalau anda betul-betul inginkan cabaran, boleh mencuba trail jingga. Sebenarnya trail hijau, kuning dan jingga ini menggunakan pintu masuk yang sama. Cuma ada persimpangan checkpoint sahaja anda kena pilih jalan yang dekat atau jauh.

Ada buaian untuk anda bergambarPhoto from Instagram kitty_comot

Untuk trail jingga, perjalananan anda akan bertambah lagi 1.2KM menjadikan keseluruhan trail adalah 4.2KM. Macam jauh je kan? Tapi sebenarnya ia sangat rileks kerana tidak perlu memanjat atau menurun. Hanya menyelusuri 'hutan' dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok sahaja.

Trail Taman TuguPhoto from Instagram zueyume

 Taman Tugu pernah menjadi tempat pembuangan Sampah?

Antara salah satu fakta menarik mengenai Taman Tugu adalah kawasan ini pernah menjadi tempat pembuangan sampah sebelum proses pemuliharaan dilakukan. Kisahnya begini, pada tahun 1930-an, Taman Tugu menjadi tempat tinggal para pegawai British yang menjajah negara ketika itu. Mereka turut menanam pelbagai pokok yang dibawa dari negara asal mereka.

Taman TuguPhoto from Instagram nelraelyna

Selepas kemerdekaan, tempat tinggal ini diambil alih pula oleh pegawai kerajaan bagaimanapun pada tahun 1970-an, ramai penduduk mula meninggalkan kawasan ini sehingga ia menjadi hutan sekunder yang dipenuhi dengan kelapa sawit.

Malangnya tidak lama kemudian, ia menjadi tempat pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebanyak 100 muatan lori digunakan untuk mengangkut sampah ini keluar dari Taman Tugu semasa proses pemuliharaan berlangsung.

Gazebo unik di Taman TuguPhoto from Instagram suzana_yuza

oh ya, pastikan anda datang awal di Taman Tugu kerana parking percuma ada lah terhad, lepas hiking ada banyak lagi tempat menarik di kawasan sekitar untuk diterokai. Trail juga akan ditutup sekiranya cuaca buruk.

Trail Taman TuguPhoto from Instagram hayiwamsa_maui

?94-1, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰7am - 6.30pm (setiap hari, denda dikenakan jika lewat keluar)

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok