download Jom Explore app
Sea Kecil Tiny House, Kuala Besut Rumah Kecil Berhadapan Di Tepi Pantai

Sea Kecil Tiny House, Kuala Besut Rumah Kecil Berhadapan Di Tepi Pantai

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 13 Feb 2023
Digital Editor

Pernah tak korang tengok Tiny House macam dalam filem luar negara. Kali ini, min nak share sebuah rumah kecil yang terdapat di Kuala Besut, Terengganu iaitu Sea Kecil Tiny House. Korang jangan terkejut nampak je kecil tapi lengkap kemudahan di dalam Sea Kecil Tiny House.

Interior Sea Kecil Tiny HousePhoto from Sea Kecil Tiny House

Keunikkan Sea Kecil Tiny House

Pada kadar harga RM250 untuk 1 malam, Tiny house ni boleh muatkan 4 tetamu mempunyai katil Queen dan Single bed. Homestay ini sangat sesuai untuk keluarga yang kecil .

Queen Bed Di Bahgian AtasPhoto from Sea Kecil Tiny House

Selain daripada itu, Ia juga mempunyai kelengkapan lain seperti dapur, peti ais dan tandas yang disediakan juga mempunyai bath tub tau. Boleh korang bayangkan rumah kecil macam tu boleh ada kelengkapan seperti itu.

Bahgian Bilik Air Dan DapurPhoto from Sea Kecil Tiny House

Peti Ais Yang ComelPhoto from Sea Kecil Tiny House

Fasiliti yang disediakan

Di luar rumah terdapat ruang santai yang dilindungi atap yang sesuai untuk berehat, bersantai dan menjalankan aktiviti memasak BBQ.

Tempat BBQ yang disediakanPhoto from Sea Kecil Tiny House

Aktiviti yang boleh dilakukan

Pantai terletak hanya 20 meter dari lokasi dan sesuai untuk menikmati pemandangan dan bersantai, namun tidak disarankan untuk mandi. Ia juga dekat dengan jeti Kuala Besut, jadi kalau korang nak ke Pulau Perhentian pon boleh sebagai Daytrip.  

Pantai Di Kuala BesutPhoto from Sea Kecil Tiny House

Disini juga dekat dengan kafe yang ada di Kuala Besut, jadi boleh lah mengopi disana untuk bersantai di Kuala Besut. Apa lagi, Jom ajak Keluarga staycation disini dan boleh terus ke owner untuk booking.

?54307 Kg Pantai, 22200 Besut, Terengganu

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok