Tempat Terbaik Untuk Lihat Matahari Terbenam Di Kedah? Di Puncak Gunung Keriang Lah!
Walaupun Kedah terkenal sebagai negeri jelapang padi tapi ada banyak tempat menarik di Kedah tau! Ada muzium, ada air terjun dan banyak lagi lah!
Photo from Instagram zaini________
Jika anda seorang yang suka hiking dan juga melihat pemandangan matahari terbenam, maka ada tempat terbaik di Kedah untuk anda pergi iaitu Gunung Keriang. Terletak hanya 8 kilometer dari bandar Alor Setar dan trek pendakian sangat mudah.
Photo from Instagram nrpijaa._
Tak tinggi sangat, senang untuk hiking
Walaupun namanya Gunung Keriang namun tingginya hanyalah 217 meter sahaja. Masa pendakian juga sangat sekejap iaitu 20-30 minit. Trek juga santai dan tidak susah. Sesuai juga untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti hiking.
Photo from Instagram heykalshrul
Selain itu, anda juga disajikan dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Bayangkan, masa matahari sedang jatuh di kawasan sawah padi itu, fuh view dia memang sangatlah lawa! Chef-kiss orang kata.
Photo from Instagram nafishakim.n
Photo from Instagram shanelsz
Selain itu, dipercayai di puncak gunung ini juga mempunyai pinnacle seakan sama seperti Mulu Pinnacles di Sarawak. Ada banyak jugak lah port bergambar di sini.
Photo from Instagram _mohd.zaidi
Ada mitos yang menarik!
Terdapat banyak mitos mengenai Gunung Keriang ini, dipercayai gunung ini berasal daripada sebuah kapal yang membawa seorang puteri untuk dikahwinkan namun puteri tersebut menolak di saat akhir. Disebabkan keengganan puteri tersebut, dia disumpah menjadi batu.
Photo from Instagram _nrfrsa
Menguatkan lagi mitos tersebut apabila orang dahulu pernah berjumpa satu tali panjang yang dipercayai tali kapal tersebut. Malah, kawasan sekitar gunung itu dahulu merupakan laut namun lama kelamaan bertukar menjadi darat.
Photo from Instagram wanfeisal
Selain itu, turut ditemui banyak pinggan mangkuk di dalam gua dipercayai barang hantaran tuan puteri tersebut. Serta batu-batuan yang menyerupai manusia dan baju-baju lama. Namun itu semua hanyalah mitos sahaja.
Photo from Instagram alf.zhi
Photo from Instagram naie_la_belle
Dalam pada itu, gunung ini juga sangat kaya dengan khazanah alam semula jadinya membuatkan kerajaan Kedah mewartakan Gunung Keriang sebagai kawasan pelancongan.
Photo from Instagram ainyhy_
Jadi, kalau anda ada di sekitar kawasan Alor Setar, jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam di puncak Gunung Keriang.
Photo from Instagram adilahbalqiss
?Alor Setar, Kedah
? Tiada bayaran
Anda mungkin suka: