download Jom Explore app
Eco Capsule Resort Teluk Bahang, Menawarkan Penginapan Tidur Dalam Kapsul

Eco Capsule Resort Teluk Bahang, Menawarkan Penginapan Tidur Dalam Kapsul

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 26 Jan 2023
Digital Editor

Eco Capsule Resort at Teluk Bahang ini adalah salah satu spot Hidden Gem di Penang yang berkonsepkan resort camping yang terletak di sebelah sungai dengan air jernih dan dikelilingi kehijauan alam semula jadi. Sesuai bagi anda yang nak mencari ketenangan sambil menghirup udara segar.

Kelebihan Eco Capsule Resort

Lokasinya juga terletak di kawasan Teluk Bahang yang indah, berhampiran dengan tarikan pelancongan popular seperti Taman Negara Pulau Pinang, Escape Park dan pantai Batu Ferringhi.

Setiap kapsul dilengkapi dengan penghawa dingin demi keselesaan pengunjung. Jadi korang tak perlu berpanas bila bermalam di sini. Selain itu, bilik mandi juga disediakan pada setiap kapsul. Setiap kapsul mampu menampung 2 orang. Kalau korang bercuti bersama keluarga, korang boleh pilih family room yang dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan juga satu set double decker yang mampu menampung 4 orang. Harga bermula dari RM 105.00 atau boleh booking di laman yang sesuai.


View this post on Instagram

A post shared by N Melissa (@noormelissa)

Aktiviti yang boleh dilakukan

Selain bermandi-manda di sungai, anda juga boleh ber-BBQ, berkelah dan hiking di sekitar Batu Feringgi. Memang sesuai nak buat family day di sini. Boleh juga nak pergi Penang National Park (1.6km) dan Entopia Farm atau dikenali sebagai Butterfly Farm dan Escape Park.


View this post on Instagram

A post shared by Bushralana (@bushralanaa)


View this post on Instagram

A post shared by Mohd Hafizi (@fizi_zack)


Yang paling menarik Sungai yang beradai di Eco Capsule berwarna biru tau! Sangat menarik apa lagi apa lagi jom ajak keluarga bercuti disini.

?Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang

?012-430 9599

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok