Tidofish, Kafe Glow In The Dark Yang Cool Di Ipoh, Perak!
Selalunya bila orang menjejakkan kaki ke Ipoh, semestinya mereka akan mengunjungi tempat-tempat seperti Concubine Lane, Kong Heng Square, Lost World of Tambun, Kellie's Castle dan banyak lagi lah.
Photo from Instagram hanis_sophia
Kali ini, apa kata anda cuba sesuatu yang baru iaitu kafe Tidofish yang juga terletak di Ipoh. Terletak tak jauh dari Concubine Lane dan AEON Mall Kinta City. Psstt... kafe ini baru beroperasi pada Oktober 2022 lalu tau!
Photo from Instagram sowoon88
Glow in the dark
Seunik namanya, Tidofish merupakan kafe yang berkonsepkan glow in the dark. Saat melangkah masuk sahaja anda akan disajikan dengan perhiasan neon di sekeliling kafe itu namun ia tidak lah menyakitkan mata.
Photo from Instagram chamimifairus
Selain itu, kafe ini juga mempunyai ruang makan yang mesra keluarga dan juga tidak menjual alkohol dan muslim friendly.
Photo from Instagram syedharisz
Photo from Instagram yazmynzuel
Terdapat juga beberapa ruang yang dihiasi dengan dekorasi ilustrasi ikan di dalam air. Pastinya sangat unik dan anda juga boleh bergambar di beberapa sudut di restoran ini.
Photo from Instagram epoy_ajam
Papan tanda neon unik
Ada beberapa papan tanda neon yang mempunyai ayat-ayat yang kelakar seperti "we believe in the power of lucksaaahh" serta "Laksa, bihun or me?". Mesti seronok di bergambar di situ.
Photo from Instagram sowoon88
Photo from Instagram afhba_
Menu di Tidofish terdiri daripada makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti mi, mi laksa, rojak, bubble tea dan juga bingsu.
Photo from Instagram tidofish
Photo from Instagram tidofish
Namun begitu, ramai yang syorkan agar mencuba mi laksa dan bingsu mereka. Kata sedap hingga menjilat jari! Harga juga ada standard kafe namun sangat berpatutan.
Photo from Instagram tidofish
Haa.. apa tunggu lagi? Kalau anda merancang nak pergi Ipoh kenalah masukkan kafe Tidofish dalam itineri anda! Mereka juga bakal ada tarikan baru melibatkan sebuah bas tau!
Photo from Instagram tidofish
? 85, Jalan Jambu, Taman Teh Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak
⏰ 12pm-10pm (setiap hari)
Anda mungkin suka: