download Jom Explore app
Lepak Kampung Talang, Tempat Makan Istimewa di Kuala Kangsar!

Lepak Kampung Talang, Tempat Makan Istimewa di Kuala Kangsar!

Jom! Makan
By Anthony Teo on 29 Jan 2023
Deputy Managing Editor

Wah, baru jeh tau pasal tempat makan best di Kuala Kangsar ni! Chalet berkonsep tiub memang cukup banyak dijumpai di Malaysia, terutama di kawasan-kawasan peranginan atau rekreasi. Namun, port makan berkonsep tiub yang dipasang dengan sistem berhawa dingin adalah sesuatu yang jarang dijumpai.

"Lepak Kampung Talang" di Kuala Kangsar merupakan contoh yang unik dari port makan yang menggunakan konsep ini. Bila anda melawati Kuala Kangsar, anda mungkin boleh bersinggah di port makan yang unik ni.

Lokasinya amat strategik kerana terletak di kampung yang berdekatan dengan pekan dan dihiasi dengan pokok Akasia yang berusia 15 tahun.

Gerai-gerai Makan Berkonsepkan Food Court


View this post on Instagram

A post shared by Muadz Najwa (@muadznajwa)

Terdapat pelbagai gerai yang menjual berbagai jenis makanan seperti kerang bakar, satay, dim sum, makanan Korea, western, dan masakan panas lainnya. Ini seperti sebuah food court yang menawarkan pilihan makanan yang beragam, yang sesuai untuk pelbagai citarasa.

Selain itu,  suasana di sini memang  tenang dan nyaman, sehingga pengunjung dapat menikmati makanan mereka dengan tenang dan santai.


View this post on Instagram

A post shared by Fs Kitchen (@_fskitchen)

Sila Buat Tempahan

Kepada mereka yang ingin menikmati makanan dalam tiub, anda akan dikenakan bayaran tambahan, iaitu RM12 sejam. Anda disaran menempah tiub pada hujung minggu agar tidak kecewa jika meja dan gelung sudah penuh.

Best sangat untuk check-in dan ambil gambar, sambil bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan. Jangan lupa tempah tuib pada hujung minggu ya, takut full sangat.

?23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak

⏰6pm - 12am (Tutup Rabu)

?011-2649 7539

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok