download Jom Explore app
Berasal Dari Ipoh, Kenali Tan Sri Michelle Yeoh, Wanita Asia Pertama Terima Pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Di Oscar!

Berasal Dari Ipoh, Kenali Tan Sri Michelle Yeoh, Wanita Asia Pertama Terima Pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Di Oscar!

Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 31 Jan 2023
Digital Editor

Oscar merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan di Amerika Syarikat di mana mereka mengiktiraf kecemerlangan sinematik dalam industri filem bagi negara tersebut. Dan amat jarang-jarang sekali mereka mengangkat pelakon atau filem bukan dari negara itu.

Kebanggaan rakyat Malaysia dan AsiaPhoto from Instgaram Michelle Yeoh

Bukan calang-calang orang yang pernah menerima pencalonan atau memenangi Anugerah Oscar! Sebab itulah, pencalonan Tan Sri Michelle Yeoh adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan bukan sahaja untuk rakyat Malaysia namun untuk orang Asia.

Merupakan pencalonan orang Asia pertama untuk kategori Pelakon Wanita TerbaikPhoto from Instgaram Michelle Yeoh

Menerima pencalonan untuk watak Evelyn Quan untuk filem Everything Everywhere All at Once, Michelle merupakan calon feveret untuk membawa pulang trofi anugerah itu.

Pelakon Everything Everywhere All at OncePhoto from Instagram Michelle Yeoh

Oleh itu, jom kita lihat fakta menarik mengenai beliau yang ramai orang tak tahu.

Memulakan karier seni di Hong KongPhoto from Instagram Michelle Yeoh

Anak Kelahiran Ipoh, Perak

Pemilik nama Michelle Yeoh Choo Keng dilahirkan pada 6 Ogos 1962 di Ipoh, Perak. Ibunya, Janet Yeoh manakala bapanya, Yeoh Kian-teik merupakan seorang peguam dan ahli politik (MCA)

Ipoh mali! Photo from Instagram Tan Sri Michelle Yeoh

Berpindah ke United Kingdom pada umur 15 tahun

Beliau memasuki sekolah berasrama penuh perempuan di United Kingdom. Kemudian Michelle menyambung pengajian ke Royal Ballet School UK di London dan merancang untuk menjadi seorang penari balet profesional namun kariernya harus ditamatkan awal kerana kecederaan tulang belakang.

Bercita-cita menjadi seorang BallerinaPhoto from Instgaram Michelle Yeoh

Namun, beliau tidak putus asa dan beralih minat pada koreografi dan seni lain. Akhirnya dia berjaya mendapatkan Ijazah Seni Kreatif (Drama) pada tahun 1982.

Usaha tangga kejayaanPhoto from Instagram Michelle Yeoh

Bekas Ratu Cantik Malaysia

Jangan tak tahu, Michelle Yeoh memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun (1983) malah mewakili Malaysia untuk pertandingan ratu cantik Miss World di London pada tahun 1983. Selain itu, Michelle juga turut memenangi Miss International Tourism Quest di Australia!

Seorang fahsionista!Photo from Instagram Michelle Yeoh

Terjun ke bidang lakonan

Beliau pernah berlakon di samping pelakon Jackie Chan dan dia melakukan sendiri semua aksi di dalam filem-filem tersebut. Filem yang berjaya melonjakkan namanya sebagai pelakon adalah Hidden Dragon, Crouching Tiger (2000) hingga tercalon Pelakon Wanita Terbaik Bafta.

Lakonan di dalam Everything Everywhere All at OncePhoto from Instgaram Michelle Yeoh

Selain itu, beliau juga turut menjadi gadis bond di dalam filem Tommorow Never Dies. Kini, dia mempunyai portfolio lakonan yang sangat membanggakan. Antaranya, Memoir of Geisha, Star Trek: Discovery, Shang Chi and The Legend Of Ten Rings, Kung Fu Panda 2 dan banyak lagi!

Pelakon yang versatilPhoto from Instagram Michelle Yeoh

Tersenarai 50 Wanita Tercantik Dunia!

Pada tahun 2009, majalah People memasukkan Michelle di dalam senarai 50 Wanita Tercantik Dunia dan pada tahun 2022, majalah Times turut menyenaraikan beliau sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia!

Tetaplah cantik walaupun sudah berusia 61 tahun!Photo from Instagram Michelle Yeoh

"Untuk Orang Asia"

Pencalonan Michelle di dalam  Anugerah Oscar untuk Kategori Pelakon Wanita Terbaik menunjukkan bahawa kerja keras yang konsisten akan berhasil asalkan tidak putus asa. Malah, aktres itu juga mendedikasikan pencalonan tersebut kepada orang Asia dan berharap ia akan memberi inspirasi buat orang lain untuk berjaya.

Sukses selalu Tan Sri Michelle Yeoh! Photo from Instagram Michelle Yeoh

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok