download Jom Explore app
Sharnaaz Ahmad, Kisah Di Sebalik Dirinya Yang Tidak Diketahui Ramai!

Sharnaaz Ahmad, Kisah Di Sebalik Dirinya Yang Tidak Diketahui Ramai!

Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 20 Jan 2023
Digital Editor

Nama Sharnaaz Ahmad tidaklah langsung tidak dikenali di Malaysia ini. Sebagai seorang pelakon yang berpengalaman, ramai yang suka melihat dia berlakon baik di drama ataupun layar perak.

Foto dari GooglePhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini Sharnaaz kembali menjadi perbualan netizen berikutan dakwaan dia memukul seorang pengawal di sebuah kondominium tahun lalu. Namun, apa yang menarik perhatian adalah gaya 'catwalk'nya semasa ke mahkamah.

Foto dari GooglePhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

Mungkin ada yang tidak begitu mengetahui atau sudah terlupa mengenai kisah Sharnaaz, jom kita lihat semula fakta mengenai dirinya yang tidak diketahui ramai.

?Anak usahawan di Pulau Pinang

Ada sebab mengapa orang panggil dia 'mamu' sebab dia memang dilahirkan di Pulau Pinang. Bapanya, Datuk Basir Ahmad merupakan seorang usahawan di negeri tersebut.

Instagram Sharnaaz AhmadPhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

?Sering ditipu agensi

Semasa mula-mula bertatih di dalam dunia lakonan, dia sering ditipu agensi pengurusannya di mana kerja akan dibatalkan pada saat akhir.

Instagram Sharnaaz AhmadPhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

Mujurlah dia tidak putus asa dan cuba memperbaiki diri sehingga berjaya tercalon  dan memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin ke–19

Instagram Sharnaaz AhmadPhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

?Lan Todak dan Jebat

Instagram Sharnaaz AhmadPhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

Watak Lan Todak dalam drama Juvana memberikan impak besar dan benar-benar meningkatkan karier seninya sebagai pelakon. Selain itu, karakternya sebagai Jebat di dalam drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta juga membuatkan ramai wanita mula mengambil tahu mengenai pemilik nama, Sharnaaz Ahmad.

Foto dari GooglePhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

?Wanita-wanita dalam hidup

Setakat ini, ada 3 wanita yang memberikan pengaruh besar di dalam hidup Sharnaaz. Pertama adalah Shila Amzah, Sharnaaz berlakon di dalam muzik video Shila bertajuk Patah Seribu dan mereka mula bercinta. Bagaimanapun hubungan itu putus di tengah jalan.

Instagram Shila AmzahPhoto from Instagram Shila Amzah

Dia kemudian bercinta dengan pelakon Anis Al-Idrus namun ia juga tidak bertahan lama. Sharnaaz kemudian berkahwin dengan kakak pelakon, Neelofa iaitu Noor Nabila dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden namun bercerai pada tahun 2020.

Instagram Sharnaaz AhmadPhoto from Instagram Sharnaaz Ahmad

?YouTube Channel ada banyak pengikut!

Jangan tak tahu, Sharnaaz ada saluran YouTubenya sendiri tau bernama Sharnaaz Ahmad TV. Content yang sering dikongsinya adalah berkaitan makanan, gaya hidup dan juga anaknya, Jebat Jayden. Seronok lihat telatah dua-beranak itu.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok