download Jom Explore app
Tasik Yang Benar-Benar Istimewa, Tersembunyi Di Kawasan Pergunungan. Itulah Tasik Cermin Di Ipoh!

Tasik Yang Benar-Benar Istimewa, Tersembunyi Di Kawasan Pergunungan. Itulah Tasik Cermin Di Ipoh!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 27 Jan 2023
Digital Editor

Malaysia sangat unik kerana bentuk muka buminya yang pelbagai. Sebab itu lah Malaysia mempunyai variasi tempat menarik seperti pulau, pantai, tanah tinggi, hutan simpan, tasik dan juga pergunungan. Betul-betul 1 Malaysia!

Instagram

Bila bercakap soal tasik, antara tasik yang popular di Malaysia adalah Tasik Kenyir, Tasik Titiwangsa dan juga Tasik Titiwangsa.

Instagram elviani.widyaPhoto from Taman Tasik Titiwangsa

Tapi, tahukah anda bahawa di Ipoh terdapat tasik rahsia yang cukup indah dan sangat istimewa yang diberi nama Tasik Cermin.

Instagram

Tasik tersembunyi yang indah

Tersembunyi di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh gua batu kapur, Tasik Cermin adalah permata yang berharga di Ipoh. Akan tetapi, nak sampai ke sini pun boleh tahan juga ya. Anda kena berhati-hati untuk masuk ke tasik ini.

Instagram

Terletak berdekatan dengan Taman Rekreasi Gunung Lang dan Kuil Sam Poh Tong, anda akan bertemu dengan sebuah rumah tinggal di pintu masuk tasik ini. Kemudian, anda juga perlu melalui sebuah terowong pendek untuk sampai ke tasik ini.

Instagram

Tasik ini diberi nama Tasik Cermin kerana keindahan alam semula jadinya dapat dilihat di permukaan tasik dek kerana airnya yang jernih. Kalau tak percaya boleh pergi dan lihat sendiri.

Instagram

Tempat jadi viral

Keindahan semula jadi yang masih terpelihara di kawasan sekitar tasik juga memberikan suasana yang sangat tenang dan mendamaikan. Malah, pernah juga viral satu ketika dahulu apabila seorang kanak-kanak lelaki bermain sampan di tasik ini sambil menyanyikan lagu dan suaranya bergema di seluruh tasik.

Instagram

Terdapat platform untuk bergambar namun ruangan di sekitar tasik adalah terhad. Kini ramai yang datang untuk bergambar jadi anda harus bersedia sekiranya harus menunggu lama.

Instagram

Kerajaan Ipoh juga mengistiharkan bahawa mereka akan membangunkan kawasan Tasik Cermin untuk dijadikan Taman Eko Kuari pertama di Malaysia.

Instagram

Lagi satu, memandangkan ia adalah tasik, maka kadang-kadang ia akan ditutup jika hujan lebat atas faktor keselamatan. Jadi pastikan anda lihat ramalan kaji cuaca jika merancang untuk ke sini.

Instagram

Bayaran juga dikenakan iaitu RM 2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, manakala RM4 untuk warga asing dewasa dan RM2 untuk warga asing kanak-kanak. Bayaran untuk tempat letak kereta pula adalah RM5.

Instagram

?31, Jln Perniagaan Sengat, Pusat Perniagaan Sengat, 31350 Ipoh, Perak

⏰9am - 6pm (setiap hari)

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok