download Jom Explore app
Apa Yang Ada Di Pulau Kapas, Terengganu? Pulau Yang Menenangkan Dan Nyaman

Apa Yang Ada Di Pulau Kapas, Terengganu? Pulau Yang Menenangkan Dan Nyaman

Jom! Cuti
By Ayunie Husna on 25 Jan 2023
Digital Editor

Pulau Kapas adalah satu kepulauan yang agak terpencil di Marang, Terengganu. Pulau Kapas terletak 6 kilometer dari jeti Marang, untuk sampai di sini sangat mudah kerana mempunyai kemudahan sistem bot dan tiket. 

Pulau Kapas ini anda boleh pergi sebagai Day trip atau tidur disana kerana mempunyai pelbagai chalet yang murah. Pulau Kapas agak murah tidak seperti pulau-pulau yang mahal di Terengganu, jadi sangat sesuai untuk Keluarga.

Bagaimana Ke Pulau Kapas

Menaiki feri dari Jeti Marang yang  setiap hari ke Pulau Kapas. Perjalanan ini memakan waktu sekitar 30 menit. Pastikan anda membeli tiket sebelum berlepas dan semak jadual feri atau bot kelajuan yang tersedia kerana jadual mungkin berubah mengikut musim. Di sana terdapat pelbagai pilihan agensi jadi anda boleh pilih sendiri. Harga tiket bermula dari RM 60.00 Pergi balik.


View this post on Instagram

A post shared by @gemilangboatservice

Aktiviti di pulau kapas

Terdapat pelbagai aktiviti di pulau kapas seperti snorkelling, berkayak dan bermain bola tampar di pulau kapas. Aktiviti snorkelling juga mempunya beberapa tempat untuk anda snorkelling serta boleh snorkelling berdekatan persisir pantai sesuai untuk anak kecil.


View this post on Instagram

A post shared by Syidozzz ?? (@khshazym)

Aktiviti berkayak juga disediakan di Pulau Kapas untuk anda merasai pengalaman berkayak tetapi mempunyai caj bayaran untuk melakukan aktiviti berkayak.


View this post on Instagram

A post shared by HZ (@hairudean_zakaria)

 Mendaki di Bukit Singa dan Blue Lagoon

Tarikan utama di sini juga adalah Bukit Singa dimana anda boleh mendaki dan melihat pemandangan Pulau kapas dari atas. Jalan yang agak berbatu, Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini.


View this post on Instagram

A post shared by Syahmi Sany (@syahmisany)


Blue lagoon juga tempat yang sangat cantik dan menarik kerana mempunyai gua di kawasan tersebut. Untuk ke sini anda perlu melakukan aktivit jungle tracking untuk sampai ke sini.


View this post on Instagram

A post shared by Raghu (@raghuraminnet)

Pulau Yang Tenang

Pulau Kapas sangat sesuai untuk orang yang mencari kesendirian dan kedamaian, kerana pulau ini tidak sepopular pulau-pulau lain di Terengganu.


View this post on Instagram

A post shared by Nur Farisya (@nrfrsyya)

Jika anda berkesempatan untuk ke sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai kecantikkan Pulau Kapas, Terengganu.

?Pulau Kapas, Marang, Terengganu

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok