Nikmati Keindahan Alam Semula Jadi Di Wang Kelian View Point, Perlis Indera Kayangan!
Bila bercakap mengenai Wang Kelian, ramai yang hanya tahu bahawa ia merupakan tempat membeli-belah yang murah di Perlis. Lebih kurang macam di Padang Besar lah kiranya.
Dan, ramai juga yang tak tahu sebenarnya Perlis ada banyak tempat menarik untuk diterokai. Walaupun kecil, ada sebab mengapa ia diberi jolokan Indera Kayangan.
Salah satu tarikan baru yang ada di Perlis adalah Wang Kelian View Point. Jangan ingat di Kuala Lumpur sahaja yang ada view point, Perlis pun ada tau!
Pemandangan satu Negeri Perlis Indera Kayangan
Apa yang best di sini adalah anda boleh melihat pemandangan seluruh negeri Perlis dan ia sangat mendamaikan! Namun untuk sampai ke view point ini, anda kena mendaki sikit kerana kenderaan persendirian tidak dibenarkan untuk naik sampai ke atas.
Anda tak perlu risau kerana pendakian tak jauh dan tidak susah kerana mempunyai jalan tar. Seeloknya, anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai supaya anda selesa.
Banyak tempat bergambar!
Tiba di atas, ada pelantar yang dibina khas untuk mereka melihat sendiri pemandangan seluruh negeri Perlis. Tempat juga luas dan ada banyak tempat yang instagrammable jadi anda tidak perlu berebut atau beratur untuk bergambar ke apa.
Selain itu, terdapat juga deretan kedai untuk anda menghilangkan rasa lapar dan dahaga namun kedai-kedai ini hanya beroperasi pada Jumaat hingga Ahad sahaja. Kalau datang pada hari biasa, anda kena bawa bekal makanan dan minuman sendirilah ceritanya.
Pada mulanya, tiada caj dikenakan namun bermula tahun 2022 terdapat bayaran dikenakan iaitu RM 1 untuk 18 tahun ke bawah dan RM2 untuk mereka berusia 18 tahun ke atas. Bagi bukan warganegara pula, RM2 untuk bawah 18 tahun dan RM5 untuk berusia lebih 18 tahun.
?02200 Kaki Bukit, Perlis
⏰ Buka setiap hari
Anda mungkin suka: