download Jom Explore app
5 Tempat Terbaik Untuk 'Healing' Sambil Ditemani Matahari Terbenam Di Ibu Kota

5 Tempat Terbaik Untuk 'Healing' Sambil Ditemani Matahari Terbenam Di Ibu Kota

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 04 Jan 2023
Digital Editor

Trend untuk melihat matahari terbenam atau sunset bukanlah satu perkara yang baru. Selalunya perkara ini dibuat bersama pasangan kerana ia adalah satu aktiviti yang cukup romantis.

Advertisement
Advertisement

Bagaimanapun, lama-kelamaaan semakin ramai yang melakukan aktiviti melihat matahari terbenam ini sebagai salah satu proses untuk mereka healing.

Jangan terkejut, sebenarnya ramai yang tengah healing sekarang ini. Oleh itu, jom kita tengok lima port popular pilihan ramai untuk mereka melihat matahati terbenam di ibu kota.

?Stelvio Pass, Bukit Antarabangsa


View this post on Instagram

A post shared by @emmamukti__

Advertisement
Advertisement


Kawasan ini merupakan permata yang tersembunyi di Bukit Antarabangsa. Sama seperti Bukit Tunku, anda juga boleh berjoging di kawasan ini sementara menanti detik matahati terbenam.


View this post on Instagram

A post shared by Lee Yee Hung (@yeehung5)


Untuk pengetahuan, nama Stelvio Pass dinamakan sempena sebuah kaki gunung di Itali. Sangat menarik kan?

?Location: Stelvio Pass Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

?Bukit Ampang


View this post on Instagram

A post shared by Khai_rafi (@khai_rafi)


Kawasan ini  sangat popular dalam kalangan mereka yang suka melepak di kaki bukit sambil menikmati keindahan matahari terbenam.


View this post on Instagram

A post shared by Fath (@matudin._)

Advertisement
Advertisement


Anda hanya perlu meletakkan kenderaan di pinggir jalan dan pemandangan kota Kuala Lumpur bakal menjadi santapan mata anda.

? B62, Jalan Hulu Langat, 43100 Ampang, Selangor.

?Bukit Ketumbar


 Kawasan yang popular untuk anda healing sambil melihat matahari terbenam. Di sini juga anda boleh melihat pemandangan satu Kuala Lumpur tau!


View this post on Instagram

A post shared by Aidy Hafamy (@aidyhafamy)


Sedikit nasihat kepada mereka yang merancang untuk ke Bukit Ketumbar, anda perlu hiking sejauh 1.29KM untuk tiba ke puncak bukit. Oleh itu, pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian.

? Ketumbar Hill Viewpoint, Ampang, Titiwangsa, 56100 Kuala Lumpur, Selangor.

Advertisement
Advertisement

?Hilltop Kota Warisan


Tempat ini juga mula mendapat tumpuan setelah viral di laman TikTok. Terletak di Kota Warisan, Sepang, anda boleh menikmati pemandangan matahari sambil menikmati secawan kopi panas tau.

Ya, ada kafe di Hilltop Kota Warisan, jadi anda boleh juga menjamu selera atau bergambar di kawasan sekeliling sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

?Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

?Changkat, Bukit Tunku Lookout Point

Advertisement
Advertisement


Kawasan yang viral di laman TikTok. Pemandangan yang cukup indah di saat matahari terbenam memang mampu memberikan ketenganan kepada sesiapa pun yang sedang penasaran.


Jangan tak tahu, kawasan ini juga tumpuan kepada mereka yang suka berjoging atau berbasikal. Jika ada kesempatan, anda bolehlah ke sini, yang penting jangan lupa untuk bawa tikar ataupun kerusi healing tau!


View this post on Instagram

A post shared by Kah Meng (@meng_24km)

? 21, Changkat Tunku, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok