
9 Taman Tema Dekat Dengan KL Untuk Cuti Hujung Minggu
Mahukan aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan tanpa perlu memandu jauh? Berikut adalah senarai taman tema dekat KL yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa, dengan pelbagai rides menarik, taman air, dan aktiviti lasak yang akan membuat hujung minggu anda lebih bermakna.
1. Genting SkyWorlds, Genting Highlands
Photo from JE
Genting SkyWorlds ialah taman tema bertaraf antarabangsa dengan cuaca sejuk dan vibe seperti luar negara, hanya kira-kira sejam perjalanan dari KL. Ia mempunyai 9 zon tema seperti Ice Age, Robots, dan Eagle Mountain, dengan rides popular seperti Invasion of the Planet of the Apes, Mad Ramp Peak dan Samba Gliders. Sesuai untuk keluarga yang ingin pengalaman theme park berskala besar dengan suasana sejuk sambil bergambar dengan latar belakang berkabus.
📍 Genting Highlands, Pahang 🕒 11am-6pm
2. District 21, IOI City Mall, Putrajaya
Photo from JE
Bagi mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak indoor, District 21 di IOI City Mall adalah pilihan terbaik dengan roller glider, obstacle run, wall climbing, dan indoor flying fox. Suasana survival futuristik dan sesuai untuk team building atau aktiviti remaja yang ingin berseronok sambil menguji ketahanan diri.
📍 IOI City Mall, Putrajaya 🕒 12pm-8pm (Weekdays), 10am-8pm (Hujung Minnggu & Cuti Umum)
3. Monkey Canopy, Cheras
Photo from JE
Monkey Canopy di Cheras sesuai untuk keluarga dengan anak kecil kerana menawarkan Dino Desert, Snow World, Splash Zone, Rope Course dan Safari Playland dalam satu kawasan. Lokasinya sangat mudah diakses untuk lawatan singkat hujung minggu, dengan banyak promo tiket keluarga yang memudahkan perancangan anda.
📍 Sungai Long Hill, Cheras 🕒 10am-10pm
4. Berjaya Times Square Theme Park, Kuala Lumpur
Photo from JE
Merupakan taman tema indoor terbesar di Malaysia, terletak dalam pusat membeli-belah, lengkap dengan Supersonic Odyssey coaster, Galaxy Station dan Fantasy Garden. Sesuai untuk keluarga yang mahu berhibur sambil membeli-belah atau ketika cuaca hujan.
📍 Level 5, Berjaya Times Square, KL 🕒 10am-10pm
5. Skytrex Adventure, Sungai Congkak
Photo from JE
Skytrex Adventure menawarkan aktiviti lasak dalam suasana hutan semula jadi dengan zipline, canopy walk dan halangan lasak. Lokasi sesuai untuk team building sambil menikmati kehijauan alam, sesuai untuk yang mahu aktiviti mencabar dekat KL.
📍 Hulu Langat, Selangor 🕒 9am-6pm
6. i-City Theme Park, Shah Alam
Photo from JE
i-City terkenal dengan City of Digital Lights penuh lampu LED berwarna-warni, Snowalk dan WaterWorld. Taman tema ini sesuai untuk aktiviti malam bersama keluarga atau pasangan sambil menikmati lampu malam dan aktiviti air.
📍 i-City, Shah Alam 🕒 5:30pm-12am (Snowalk buka 3:30pm)
7. Gamuda Luge Gardens FunPark, Rawang
Photo from JE
Taman tema mesra keluarga dengan ferris wheel tertinggi di Malaysia, splash zone dan rides santai untuk semua peringkat umur. Sesuai untuk percutian hujung minggu santai bersama keluarga.
📍 Gamuda Gardens, Rawang 🕒 10am-10pm
8. SkyLuge + SkyRide @ Gamuda Gardens, Rawang
Photo from JE
Menawarkan pengalaman rare dengan menaiki luge turun bukit dan menaiki gondola SkyRide untuk melihat panorama dari udara. Sesuai untuk remaja dan keluarga yang inginkan aktiviti luar unik.
📍 Gamuda Gardens, Rawang 🕒 10am-10pm
9. Sunway Lagoon, Bandar Sunway
Photo from JE
Taman tema popular yang wajib dikunjungi dengan 6 zon tema termasuk taman air, wildlife park, roller coaster dan rumah hantu dalam satu lokasi, sesuai untuk seisi keluarga.
📍 Sunway, Subang Jaya 🕒 10am-6pm (Tutup Selasa kecuali cuti sekolah)