download Jom Explore app
Jangan Terkejut, Selebriti Ini Mempunyai Kembar Tau!

Jangan Terkejut, Selebriti Ini Mempunyai Kembar Tau!

Lifestyle Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 19 Jan 2023
Digital Editor

Ada orang cakap, di dunia ini kita ada tujuh orang mempunyai wajah yang seiras. Jadi siapa yang ada kembar tu, sekurang-kurangnya dah kurang seorang lah individu yang anda perlu cari.

Sama seperti orang lain, individu yang memegang status selebriti pun ada juga yang mempunyai kembar. Anda jangan terkejut pula sebenarnya ada artis yang mempunyai kembar tau. Jom kita tengok siapa mereka ini.

?Fify Azmi & Khalie Azmi

Kedua-dua mereka mula dikenali melalui aplikasi Keek yang pernah popular satu ketika dahulu. Mereka kemudiannya menyertai program Dewi Remaja. Fify semakin menyerlah di dalam bidang lakonan apabila terlibat dalam filem Wira.

?Farhan Asri & Farees Asri

Farhan merupakan naib juara untuk program Hero Remaja manakala Farees mendapat perhatian apabila sering memuat naik video tariannya di dalam Tiktok.

?Zaquan Adha & Aidil Zafuan

Pasangan kembar bola sepak yang sangat popular di Malaysia. Kini kedua-duanya sudah berkahwin dengan pasangan masinga-masing dan bahagia di samping isteri tercinta.

?Ekin Rahmat & Aenn Rahmat

Pasangan kembar ini mula mendapat perhatian apabila berlakon dalam satu drama yang sama bertajuk Hanya Kawan. Bagaimanapun, kemudiannya mereka senyap dan masing-masing berkahwin dengan pilihan hati mereka. Namun, telatah lucu mereka di TikTok kembali mendapat perhatian netizen.

?Muhammad Raizal Azrai (Azal) & Muhammad Razil Azrai (Azil)

Merupakan kepada pelakon Zarina Zainuddin. Mula dikenali setelah ibu mereka sendiri sering berkongsi perihal diri mereka di laman media sosial miliknya. Kedua-dua mereka ini merupakan 'anak syurga' kerana mempunyai Austime. Azal juga sempat berlakon di dalam sebuah telefilem berjudul Kasih Dari Syurga.

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok