download Jom Explore app
Cinta Tak Mengenal Jarak Umur, Ini Dia Pasangan Selebriti Yang Mempunyai Pasangan Berbeza Usia!

Cinta Tak Mengenal Jarak Umur, Ini Dia Pasangan Selebriti Yang Mempunyai Pasangan Berbeza Usia!

Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 13 Jan 2023
Digital Editor

Orang kata, kalau dah jodoh itu pastinya akan bersatu juga. Tak kiralah sama ada anda mendapat tentang keluarga ke, berbeza agama mahupun jarak usia yang jauh, semua itu tidak boleh menghalang apa yang sudah tertulis di luh mahfuz.

Kalau di Malaysia sendiri, perkahwinan pasangan yang mempunyai jarak umur yang banyak bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Boleh dikatakan ramai yang suka untuk mendapat pasangan yang lebih berumur supaya hubungan suami isteri itu lebih matang.

Yalah, kalau dapat pasangan yang matang, faktor untuk mendapat rumah tangga yang harmoni itu akan lebih besar. Apa yang penting, dalam sesuatu perkahwinan itu adalah komunikasi, toleransi dan juga keserasian dengan pasangan.

Kalau dilihat, ramai juga artis di Malaysia yang berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih berusia daripada mereka. Akan tetapi, rumah tangga mereka tetaplah sweet. Mari kita lihat siapakah selebriti tersebut:

?Fyna Jebat (1993) &  Datuk  Zainal Abidin (1961)

Perbezaan umur 32 tahun tidak menghalang pasangan ini unutk berkahwin. Baru-baru ini, Fina mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dengan jurulatih dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin. bagaimanapun, dia mengunci mulut mengenai perkara-perkara lain.

?Datin Seri Zizie Izzete (1978) & Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar (1959)

Pasangan yang mempunyai perbezaan sebanyak 19 tahun ini berkahwin pada Disember 2009 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata dan mengambil dua orang anak angkat. Dia juga kini dijangka akan beranak kembar dalam masa terdekat ini.

?Datuk Seri Siti Nurhaliza (1979) & Datuk Seri Khalid Jiwa (1959)

Pasangan ini pernah menggemparkan Malaysia dengan perbezaan jarak usia 20 tahun mereka. Bagaimanapun, kini Tokti bahagia di samping suami dan anak tersayang.

?Datin Eina Azman (1995) & Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (1979)

Ini lagi satu pasangan yang sangat bersemut. Walaupun berbeza umur sebanyak 16 tahun namun Datuk Paduka Kaiser Gurmeet tahu bagaimana nak buat isterinya sentiasa gembira.

?Datuk Ramli MS (1958) & Datin Alyah (1981)

Pasangan ini berkahwin pada Mac 2013 dengan perbezaan jarak usia sebanyak  23 tahun. Sebelum ini, Datuk Ramli MS tidak banyak berbicara mengenai isterinya namun kini semakin terbuka dan boleh menerima jenaka apabila melibatkan Datin Alyah.

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok