"Stok Suami Mithali" - Ini Dia Selebriti Lelaki Yang Bergelar Suami Orang Tapi Netizen Approve!
Saban tahun, ada sahaja pasangan selebriti yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing. Ada yang berkahwin sesama artis, malah ada juga yang berkahwin dengan 'orang biasa'. Namun yang penting, mereka bahagia dengan pilihan masing-masing.
Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelenga. Kerana seorang selebriti lelaki yang buat hal habis semua para suami di Malaysia yang kena tempiasnya.
Namun begitu, tak semua macam tu. Ada juga selebriti di Malaysia ini yang merupakan stok suami mithali. Jom kita lihat siapakah mereka!
?Alif Satar
Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Sha Dila Halid pada September 2014. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata dan sehingga kini, Alif sentiasa menghargai isteri dan anak-anaknya.
?Syukri Yahaya
Walaupun kadang-kadang Syukri Yahaya melakonkan watak suami yang tidak berguna namun dia sebenarnya sangat sweet pada isterinya, Tya Adnan yang juga merupakan seorang bekas pelakon. Pasangan itu berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
?Jep Sepahtu
Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada Februari 2017. Ramai yang menyukai cara Jep yang menjaga batas apabila bekerja dengan wanita di dalam industri, dia juga tidak segan mengingatkan ramai bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
?Fattah Amin
Satu Malaysia mengetahui hubungan percintaan Fattah Amin dengan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon popular, Fazura. Ramai yang mendoakan pasangan ini apabila mengikat ikatan perkahwinan pada November 2017. Sehingga kini, pasangan ini rajin menunjukkan kemesraan mereka di laman sosial media terutama sekali dengan cahaya mata mereka, Fatima.
?Aeril Zafrel
Pelakon Aeril Zafrel dan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Wawa Zainal sering dicemburui orang kerana kebahagian rumah tangga mereka. Malah, Aeril juga sangat menjaga aurat isterinya dan sering menegur lembut Wawa. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Anda mungkin suka: