7 Langkah Mudah Untuk Keluarkan Duit ASNB Secara Online
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah antara platform pelaburan popular di Malaysia. Ia menawarkan pulangan yang stabil untuk simpanan jangka panjang.
Sejak 20 April 2020, ASNB telah mengumumkan satu kemudahan iaitu perkhidmatan pengeluaran duit ASNB secara online. Tidak perlu lagi untuk kita ke kaunter fizikal seperti sebelum ini.
Photo from Rnggt
Perkhidmatan ini juga boleh digunakan melalui aplikasi myASNB. Selain itu, ada beberapa peraturan yang anda perlu tahu sebelum mengeluarkan duit simpanan tersebut.
Rujuk artikel ini untuk jadikan panduan yang akan memudahkan hidup anda.
Photo from Berita Harian
Panduan Keluarkan Duit ASNB Secara Online Menggunakan myASNB
Photo from ANSB
1. Log Masuk ke Akaun myASNB
Photo from JomExplore
- Layari laman web rasmi myASNB (https://www.myasnb.com.my/) atau menggunakan aplikasi untuk log masuk mengunakan ID pengguna dan kata laluan anda
- Andai kata anda belum mempunyai akaun ini. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan melengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan
2. Pilih Tab Pengeluaran
Photo from JomExplore
- Selesai langkah pertama, klik pada tab 'Pengeluaran' di bahagian utama. Ini akan membawa anda ke bahagian pengeluaran di mana boleh memilih jenis akaun yang ingin dikeluarkan
3. Pilih Akaun ASNB dan Jumlah Pengeluaran
Photo from JomExplore
- Pilih akaun yang ingin keluarkan duit. Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan mengikut had yang ditetapkan (baca sehingga habis untuk ketahui)
- Sebelum tekan pengeluaran, pastikan jumlah diisi tersebut ialah tetap. Selain itu, pastikan terdapat baki dalam akaun itu.
4. Akaun Bank Mana Satu Untuk Pindahan Wang
Photo from JomExplore
- Pilih akaun bank mana anda ingin masukkan duit tersebut. Akaun bank perlu berdaftar atas nama yang sama dengan akaun ASNB anda. Selain itu, pihak ASNB juga akan lakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan akaun bank tersebut.
- Seterusnya sahkan maklumat akaun bank untuk memastikan proses pengeluaran berjalan lancar
5. Sahkan Pengeluaran
Photo from JomExplore
- Apabila segalanya sudah ditetapkan, tinggal untuk sahkan butiran transaksi seperti yang dipaparkan. Pastikan semua maklumat betul sebelum anda tekan 'Sahkan'!
6. Tungguh Pengesahan dan Terima Duit, Senang!
- Perlu diingatkan duit anda tidak akan masuk serta merta macam DuitNow. ASNB akan proses duit tersebut dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja. Anda akan menerima duit ke dalam akaun bank ditetapkan menandakan proses berjaya serta selesai.
Had Pengeluaran Duit ASNB Secara Online Yang Perlu Anda Tahu
Photo from Mohd Zulkifli
Walaupun duit yang anda laburkan ke dalam akaun ASNB ialah kepunyaan peribadi anda. Ini tidak bermaksud anda boleh mengeluarkan sepenuhnya jika dilakukan secara online.
Langkah ini dilakukan untuk memastikan keselamatan simpanan tidak terjejas. Contohnya, maklumat peribadi dicuri. Berikut ialah had pengeluaran yang telah ditetapkan perlu anda ketahui:
Bagi Pengeluaran Online:
- Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik ditetapkan ialah sebanyak 2,000 unit sebulan untuk kesemua unit amanah ASNB.
Bagi Pengeluaran Manual (Di Kaunter):
- Tiada sebarang had jualan balik sekiranya urus niaga dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB
Sehubungan itu untuk mengeluarkan wang berjumlah besar. Pemegang unit boleh pergi terus ke kaunter secara manual untuk elak sebarang had pengeluaran.
Apa Yang Bestnya Keluarkan Secara Online? Baca Ini
Photo from Dagang News
Ternyata kemudahan ini sangat membantu bagi semua pemegang ASNB sebenarnya. Tidak perlu lagi untuk ke kaunter semata-mata untuk mengeluarkan duit. Selain itu ini beberapa kelebihan lain:
- Menjimatkan masa: tidak perlu menunggu giliran atau beratur di kaunter fizikal
- Selamat dan terlindung: myASNB lengkap dengan segala ciri keselamatan untuk melindung maklumat peribadi dan transaksi wang
- Proses Masa Singkat: Walaupun tidak masuk serta-merta tidak bermakna ia tidak membantu kan? Duit akan masuk selepas tempoh 1-2 hari bekerja sangat memadai
Moga Info Ini Bermanfaat Dan Banyak Membantu Kehidupan Seharian Anda!
Photo from BERNAMA
Dengan kemudahan ini, banyak masa kita dapat jimat serta membantu untuk dapatkan wang segera untuk sebarang kecemasan. Selain itu, langkah-langkah yang ditunjukkan akan membantu anda untuk mengeluarkan duit dengan lancar.
Selain itu, ingat pastikan anda tidak melebihi had pengeluaran tau!
Mungkin korang suka: